Kali ini ammboi nak men'review' filem plak. Namun review yang ammboi paparkan disini cuma pendapat ammboi semata atau dipetik dari sumber yang dinyatakan. Jangan salah faham pulak, bukan niat untuk mengutuk jika ada kritikan, juga bukan mengharapkan balasan jika ada pujian, cuma untuk tujuan hiburan bersama.
Filem pertama dalam karier ammboi bab-bab review filem ni adalah, BURIED. Sekarang tengah tayang kat pawagam berhampiran anda. Kenapa ammboi pilih filem ini?
Oh ya, kerana ammboi pernah terlintas nak pegi tengok filem ni dengan GSC MidValley. Namun, ammboi macam biasa akan tunggu sehingga filem ni masuk seminggu kat pawagam. Kenapa?
Buried 2010 Free Full Download Link
tiada link kerana entry ini hanya memaparkan review filem semata
Kerana lepas seminggu akan ada banyak review dari rakan blogger pasal filem-filem ni. Jadi ammboi boleh la baca and tengok apa pendapat diorang. Jadi ammboi akan konfomkan filem tu menarik atau tidak.
- Satu-satunya filem yang pelakonnya hanya sorang iaitu Ryan Reynolds. Bayangkan pelakon tambahan pun takde.
- Lokasi hanya satu, dalam keranda kayu tu jelah.
- Satu-satunya filem sepanjang 1 jam 45 minit tu tak nampak sebatang pokok pun, matahari, rumah, kereta, dan apa-apa pun.
- Tak tahu dia belakon siang ke malam.
- Filem yang nak kutuk Orang Iraq (Umat Islam) bangsa yang kejam.
- Tetiba bunyi azan dilaungkan dalam filem ni. Tapi tak dapat kesan azan waktu apa. (Isyak ke, Zohor ke...ape ke..)
- Dah kena tanam bawah tanah tapi boleh ade line talipon yang clear giler.
- Kesudahan yang tak mendatangkan apa-apa pada si pelakon, sebab dia duk berguling-guling dalam kotak tu minta tolong lastly mati gitu jer.
Sumber : RimauSakti.Com
Seperti Devil, Buried juga dikhabarkan sebagai filem yang 'SAMPAH'. Filem yang tidak memerlukan tenaga kerja (pelakon) yang ramai ini juga hanya memerlukan satu lokasi semata. Dasyat kan. Kedekut punya penerbit. Baik ko takyah buat filem kalau cam ni.
No comments:
Post a Comment