Salam 1 Malaysia.
Indonesia nampak seperti cuba mengalih cerita. Daripada isu bantahan rakyatnya kepada Malaysia, kini mereka mengatakan 'makhluk tuhan' yang mengadakan demonstrasi tu adalah diUPAH.
Mana tindakan segera pihak berkuasa Indonesia selepas tahu ianya diupah? Takkan tak boleh jejak lagi DALANG cerita ni? Tindakan lembab dan langsung tak profesional. Itu yang ammboi boleh katakan kepada kerajaan dan juga pihak berkuasa Indonesia. Dimana mereka bila demonstrasi diadakan dihadapan kedutaan Malaysia. Mereka hanya mampu melihat sahaja bendera negara jiran (Malaysia) mereka dibakar.
Lain pula dengan kerajaan Malaysia. Melarang sekeras-kerasnya tindakan balas terhadap 'perusuh miskin' indon tu. Polis Malaysia segera menangkap dan seterusnya meleraikan sebarang rusuhan di hadapan kedutaan Indonesia. Pihak berkuasa kita juga pantas meredakan keadaan walaupun ada tindakan mahu membakar bendera Indonesia. Siap ada kawalan ketat lagi.
Inilah yang dikatakan negara penuh dengan tolak ansur. Malaysia masih lagi memberi muka kepada kerajaan Indonesia untuk menyelesaikan isu berkenaan. Namun apa yang pasti keadaan makin bertambah buruk. Kerajaan Malaysia dijadikan sebab mereka merusuh. Kali ini berkenaan isu sempadan laut. Apa yang RAKYAT INDONESIA fikirkan?
Tindakan media Indonesia yang suka membesar-besarkan cerita juga menambahkan kelam. Niat mereka cuma mahu menaikkan rating jualan akhbar mahupun rangkaian stesen tv mereka semata. Pokai sangat dah ker?
TINDAKAN KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA - BOIKOT PRODUK INDON
Biarlah mereka merusuh, mengamuk atau sebagainya. Mereka cuma mampu melaung2 suara menuntut keadilan palsu sahaja. Yang pasti mereka sendiri tidak tahu motif mereka 'mengamuk'. Padahal hanya untuk RM15 duit Malaysia sahaja. Datanglah jadi buruh kat sini kalau dah tersedak sangat. Gaji lagi mahal plak tu.
Kita takyahlah melenting. Geram sikit2 dah la. Buat kurus pahala puasa jer kan. Apa yang perlu kita buat ialah BOIKOT PRODUK INDONESIA. Korang bagilah kerjasama. BOIKOT mana-mana barangan INDON. Takyah beli, takyah tengok.
Antaranya :
![]() |
BOIKOT |
1. Boikot rancangan tv/drama atau lebih dikenali SINETRON (cerita ntah apa-apa) kat tv tu. Pihak stesen tv Malaysia juga wajar membekukan tayangan rancangan dari Indon. Takde pekdahnya korang tengok. Asyik cerita jahat dan busuk hati jer. Sebab tu jadi cam tu rakyatnya.
![]() |
SAY NO TO INDON |
2. Boikot barangan Indon. Apa-apa jer barangan Made In Indon korang takyahla beli. Pasal pasaraya/ kedai tu nanti diorang taulah bahawa RAKYAT MALAYSIA TAK SUKA barangan Indon.
3. Boikot kedai/gerai makanan Indon. Korang mesti tau kan, hampir kesemua gerai-gerai makanan ni dah nak 100% milik orang Indon. Kesian peniaga kita, terpaksa kais pagi makan pagi. Walaupun kurang sedap, tapi lebih baik kita membela bangsa sendiri. Nanti peniaga ni akan reti sendiri bahawa mereka tak diperlukan lagi di bumi Malaysia tercinta ini.
4. Lain-lain tu korang tambah la sendiri. Ammboi tak suruh korang merusuh/ mengamuk/ mencela/ mengumpat/ mengutuk/ melempar tahi pada mereka. Ammboi hanya menyeru agar kita bersama-sama menjaga nama baik negara kita. Boikot - korang tak perlu bising-bising. Hanya boikot.. Susah nak cakap.. Boikot ajela...
p/s : rusuhan bukan budaya kita...
10 comments:
tindakan negara Indonesia nie seolah2 setuju dgn prbuatan rakyat mereka..tindakan pn sgt lmbt d ambil.
benci aku ngan isu ini... tp salah Malaysia jugak... terlampau bagi muka ngan diorang... dengar radio n tgk tv... habis sume di monopoli oleh Indonesia...
hmm..sis..susah juga kan..tak tau mana yg harus di salahkan...takut gak nak g indon ni.
tak payah melatah la.. tenang~ biarkan diorang merusuh kt sana, yang penting kite kat sini aman dan tenteram..
asalamulaikum,Laksamana setuju 1 juta peratus komen2 kat atas tu.kekeke..tengok tv siaran ni cerita makindon siaran tu makindon dah macamduk indon plk...kekekek...Apa laksamana perhatikan ramai nelayan rakyat malaysia yang menangkap ikan di perairan kita bukan perairan indon,,,..Pihak berkuasa indon ni tahan rakyat kita secara tak sah..seperti penyamun atau boleh disamakan Penculik rakyat malaysia,,selepas culik siap hantar mesej kat kuluarga mangsa suruh bayar....Laksamana namakan indon ni Kerajaan Lanun asia....
korang jgn buat2 tak tau yg baru2 nih polis indon perli negara kita dgn mengatakan negara kita pengeluar ganja (klu xsilap) terbesar...
mmg saje cari pasal la diorng tuh...
tu la, nampaknya mereka makin melampau. harap negara kita segera menemui penyelesaian yang sesuai dengan segera...
beb, kita kat malaysia selamatlah, kalau rumah x kena pecah dgn indon....tp org2 kita kat sana, students...macammana tu?
kita kat sini selamatla...or kita kat sana???
mmm..amboi harap semua selamat.. kita kena sedar jugak, bukan semua indon tu memberontak.. hanya yg gila sahaja...
Post a Comment