Nampaknya rusuhan anti-Malaysia di Indonesia makin menjadi-jadi. Mereka masih belum faham erti negara serantau yang sepatutnya mereka syukuri kerana berjiran dengan Malaysia. Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) dan Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) merupakan kumpulan baru yang dibentuk untuk mengadakan bantahan di kedutaan Malaysia di Jakarta.
Kali ini mereka mengadakan demonstrasi secara aman. Namun sejauh manakah keamanannya itu? Sedangkan rumah seorang jurutera Malaysia disana dibaling dengan batu besar?
![]() |
Gambar Hiasan dari Yahoo! Image |
Mereka juga mahu negara Indonesia menjadikan Malaysia sebagai wilayah ke-34 republik negara itu. Itu ugutan mahu menawan Malaysia ker? Dah tersangat melampau tu. Kenapa kerajaan Malaysia masih berdiam diri berkenaan isu ini? Jika benar ini BUKAN KESILAPAN KERAJAAN INDONESIA, siapa yang bertanggungjawab?
Tindakan segera perlu diambil sebelum imej negara kita terus tercemar. Siapa yang bertanggungjawab untuk mengeruhkan hubungan dua negara? Kenapa? Atas dasar kepentingan apa?
Dibawah ada petikan Berita Harian Online hari ini.
JAKARTA: Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.
Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.
Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.
Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.
Ketua penunjuk perasaan, Jojo Priosi yang menggunakan pembesar suara mengutuk Kerajaan Malaysia yang didakwa menghina kedaulatan dan rakyat Indonesia, gagal menangani dengan baik isu Tenaga Kerja Indonesia dan melakukan muslihat dalam isu sempadan.
Beliau juga mendakwa tindakan pejabat Kedutaan Malaysia menggaji rakyat Indonesia bekerja dan memanggil Polis Indonesia berkawal di luar pagar kedutaan sebagai menghina rakyat Indonesia.
Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.
Malah, katanya, GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.
Sementara itu, Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka di negara ini.
Katanya, Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Luarnya dan Polis Indonesia memberi jaminan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, melancong atau belajar di negara ini.
“Kita dimaklumkan oleh pemerintah Indonesia yang mereka tidak berkompromi dalam soal keselamatan rakyat dan harta benda Malaysia di sini.
“Kita harap waris rakyat kita di Malaysia tidak bimbang dengan perkembangan yang berlaku ketika ini kerana tunjuk perasaan di sini dilakukan kumpulan kecil yang diupah pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua negara,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan tidak mengunjungi tempat awam yang dikenal pasti berpotensi menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Menurut laporan Bernama pula, kejadian mengusir atau ‘sweeping rakyat Malaysia’ turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.
Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan ‘Ganyang Malaysia’ membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya.
6 comments:
ntahla apa nak jd ngan rakyat indonesia yg xleh diajar cara elok tu..nyampah
mmm..mmg nyampah pun...
diorang boleh kata kita hina mereka..
apasal plak?
mereka yg hina diri mereka sendiri..
dah la dtg merempat sini, tp mintak lebih2 plak...
gaji rm600 pun dh lbh dpd tggi...
tmpt diorang nk dptkan rm600 pun terberak kot...
Apabila manusia tidak tahu bersyukur dan memporak peranda mukabumi maka tuhan akan menurunkan bala yang dasyat, nauzubillah
Takutlah apabila tuhan ganyang mukabumi anda insaflahh wahai umat
tu la.. harap2 mereka insaf la..
jgn la dok buat propaganda lagi..
kan dpt jiran cam israel baru tau..
cilako .xsedar diri betul indon ni
Post a Comment