Ujian DNA Dedahkan Hitler Mungkin Keturunan Yahudi - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 August 2010

Ujian DNA Dedahkan Hitler Mungkin Keturunan Yahudi


Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi


ADOLF HITLER


BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.

Hitler mati dengan menembak dirinya semasa jerman kalah dalam perang Dunia Kedua.

Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.


Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.

Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.

Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.

Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya.
Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu. 

Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat. 

"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders. 

"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.
Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat. - Agensi 




Ulasan Penulis :

Macam ada propaganda barat jer pasal kes ni. Dulu orang kata Hitler berkemungkinan memeluk agama Islam, sekarang mereka cuba mencari agenda macam mana nak memulihkan imej Yahudi yang ternyata JAHAT + KEJAM tu dengan mengatakan HITLER disebelah mereka pulak. HITLER bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan kaum YAHUDI. Mungkin mereka cuba mentafsirkan bahawa bukan HITLER yang merencanakannya dan ada YANG LAIN di sebaliknya?

6 comments:

hentakbelipat said...

mmg propaganda barat habis...cehtt

izee said...

nice info! keep it up! followed you..izee bru 1mgu menempuh alam blogger..sl bri tunjuk aja yerr..hehee

Unknown said...

saye ase neh hnya propaganda mereka semate2

ammboi said...

@hentakbelipat
betul tu.. ammboi sokong.. sesaja je diorang dok usha mencari sedara Hitler..

ammboi said...

@cahayakesenangan
ooo.. tq.. selamat menempuh alam berblogger la camtu gak...

ammboi said...

@miszTERRA_SF_
ha..ammboi setuju tu...

Post Top Ad

Your Ad Spot