Hari ini kenyataan Tan Sri Annuar Musa dikeluarkan dalam Akhbar Harian Kegemaran Ammboi (AHKA) iaitu KOSMO!. Tan Sri menegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang agenda peribadi.
"Saya secara jelas menyertai FAM kerana mahu bersama- sama mengangkat martabat bola sepak negara dan tiada agenda peribadi lain. Apa-apapun segalanya bergantung kepada niat," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Semalam Raja Ahmad Zainuddin (bekas Naib Presiden FAM) menyuarakan pendapat peribadi beliau berkenaan seseorang yang menjawat jawatan dalam FAM mesti meletakkan jawatan di peringkat negeri untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada FAM dan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan berlaku.
Gambar : Kosmo! Online
Ammboi menyokong sepenuhnya Tan Sri terus menyandang jawatan dalam KAFA, namun terpulanglah juga kepada panel KAFA samada terus mengekalkan jawatan Tan Sri atau tidak. Jika ada calon lain yang berpotensi untuk mengantikan kerusi panas KAFA itu maka tak salah jika kita beri peluang kepadanya kan?
Harap anggota majlis tertinggi FAM yang baru ini berusaha dengan lebih gigih lagi dan terus maju seterusnya berjaya memartabatkan arena bolasepak Malaysia.
No comments:
Post a Comment