MOTIVASI PAGI : Mendidik Anak-Anak Yang Nakal - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

17 August 2010

MOTIVASI PAGI : Mendidik Anak-Anak Yang Nakal

Ammboi ni bukannya PAKAR MOTIVASI atau memiliki mana-mana kelayakkan untuk menyampaikan MOTIVASI. Jadi harap maklum la semua, bahawasanya apa yang tertulis kat dalam blog ni hanya ammboi petik daripada kata-kata/ ucapan/ ceramah dari PAKAR MOTIVASI yang berkelayakkan. Tujuan ammboi ni cuma nak berkongsi apa yang ammboi DENGAR/ TULIS dan seterusnya cuba untuk sampaikan kepada yang ingin membacanya.


Mendidik Anak-Anak Yang Nakal  >>> Kelebihan AIR Bacaan Surah Yassin dan Al-Fatihah

Panjang ceritanya ni. Makna NAKAL yang atas bukannya bermaksud JAHAT atau PEMBERONTAK. Tapi ia merujuk kepada ke'aktif'an anak itu. Jum pakat baca apa yang mampu ammboi sampaikan kat bawah...


Nakal yang dinyatakan kepada ammboi ialah anak yang aktif atau terlebih aktif (HYPERAKTIF). Jadi memang sukar bagi ibu bapa untuk bertindak bagi menangani atau sama sekali mahu melarang secara terus anak yang berperangai sebegini.

Apa yang kita marahkan kadang-kadang boleh terfikir di benak anak-anak bahawa kita bencikan mereka, kita tak sayang mereka. Kenapa mereka aktif kita marah/ pukul padahal adiknya pula kita tak marah (merujuk pada si abang dan adik). Kes sebegini sering terjadi kan? Sehingga berlarutan menjadi DENDAM KESUMAT yang takkan hilang pun ada.

Disini, salah satu kaedahnya adalah secara halus. Atau perkataan lain ialah secara dalaman. Mungkin ramai lagi dikalangan pemikir mencadangkan beberapa kaedah cara berkomunikasi dengan anak-anak dan bermacam-macam lagi la kaedah untuk merapatkan jurang ibubapa dan anak-anak ni.

Namun tak salah kalau kita cuba kaedah bacaan ayat-ayat AL-QURAN. Apa yang ammboi dengar dan catatkan ini ialah dengan menyediakan sebotol AIR BACAAN SURAH YASSIN atau SEBOTOL AIR BACAAN SURAH AL-FATIHAH.


SEBOTOL AIR BACAAN SURAH YASSIN

Kita boleh mengisi air tersebut dalam botol air mineral. Atau lebih baik lagi terus kita gunakan air mineral tersebut. Bacakan surah berkenaan kemulut botol air. Selesai, tutupkan dan tebuk sedikit lubang pada bahagian atas botol berkenaan. Anda boleh gunakan air berkenaan semasa memasak iaitu dengan merenjis sedikit air tersebut dalam masakan.


pakcik ggogle kasi pinjam gambar


Sama juga dengan air bacaan SURAH AL-FATIHAH. Anda boleh cuba cara ini. Insyaallah, jika niat kita betul maka itulah hasilnya. Anak-anak ibarat kain putih. Hijau kita palitkan maka hijaulah hasilnya. Tak salah kita mencuba. Semoga dengan kehendak ALLAH S.W.T. segala hajat/doa kita akan dimakbulkan. Amin.


p/s : ceramah ini disampaikan di opis ammboi pagi tadi. lupa plak nama ustaz (subhanallah).. sori yer ustaz..

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot