MOTIVASI PAGI : Memarahi Isteri Ada Caranya - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

18 August 2010

MOTIVASI PAGI : Memarahi Isteri Ada Caranya

Krisis rumahtangga sering kita dengar kat cuping telingan kan. Yela, kalau tak dengar kat telinga takkan nak mendengar melalui mulut plak. Kenapa berlakunya masalah sedemikian? Bergaduh? Bertengkar? Berdebat? A...nak tau puncanya jum Zaaaaassss....


Bergaduh?
Bertengkar?
Berdebat?

Semua tu ada kalanya berpunca dari sikap ego masing-masing yang tak mahu kalah. Kadang-kadang kerana sepatah perkataan pun boleh mencetuskan fenomena yang anak-anak kategorikan lagi dasyat dari peristiwa TSUNAMI.

Perkataan? Ye, ayat yang keluar dari mulut kita.. tak pun zaman moden ni dengan sms pun boleh. Jika tak pandai menjaga patah perkataan yang keluar maka tak mustahil kes rumahtangga akan berlaku.

Salah satu contoh yang ammboi boleh kasi ialah berkenaan MASAKAN ISTERI. Tu la, isteri je yang masak, takkan nak bagi contoh masakan suami plak kan.

MASAKAN ISTERI ni suami takleh nak komen lebih-lebih. Kalau nak jaga hati isteri, maka makan ajela jika boleh kalau tak sedap setara mana pun. Jika masin katakan "sedap dah...", jika masam pun katakan "sedap dah...", jika tawar pun katankan jugak apa...?

" SEDAP DAH...."

Tak payah nak jadi pengkritik tetap pulak yer. Si Isteri telah masak untuk suami tu pun kira bersyukur dah.


JIKA PERLU KOMEN?

Ni kes untuk suami yang perlu juga komen masakan isterinya. Jangan lebih-lebih komen. Sebelum nak komen tu, puji dulu masakan isteri sekurang=kurangnya 7 kali. PUJI ajer ape yang patut.


pic ni diambil dpd shw.mamasya.fotopages.com

Contoh;

"wa...sedapnya masakan hari ni..."
"baunya pun dah cukup menusuk kalbu..."
"iskk...tak sabar dah abang nak berbuka ni..."
"pandai betul la sayang masak..."

time makan

"ummm...sedapnya..."
"ni kalau sepinggan nasi belum cukup ni..."
"sedap sangat..."

tang ni la boleh nak komen sikit...
"mmm...sedap dah ni.. tapi kalau kuah ni kasi pekat sikit/ tambah garam sikit/ kurangkan manis sikit kan lagi la sedap meletup-letup ni..."


p/s : amacam? yang penting puji dengan ikhlas.. jangan kerana buat sambal tak taruk belacan pun jadi kes nye.. huhu...

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot