KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.
Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.
Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.
“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.
Petikan Kosmo! Online
Ulasan Ammboi:
Ai..berat jugak lagu ni gak ar.. Statistik POLIS, bukannya tipu atau khabar angin semata. Macam mana semua orang Kelate (termasuk ammboi), ada jawapan untuk laporan ni?
Ammboi pun heran juga, macam mana kes 'bergaduh' ni boleh jadi yang paling HIT kat Kelantan. Negeri Tok Guru tu. Atau sememangnya masalah sosial kat Kelantan hanya sengaja digembar-gemburkan (jika ada yang menafikan statistik polis la...).
Ammboi harap sempena bulan yang baik ni, negeri Kelantan akan berjaya memulihkan imejnya yang 'tercalar' ni sebaik mungkin. Jadikan bulan Ramadhan sebagai titik permulaan 'pembersihan' di negeri kita.
Kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan sebaiknya. Ni ammboi malas nak sentuh ni, BAB POLITIK. Rakyat Kelate memang fanatik dengan politik. Sampaikan ada yang bermasam muka hanya kerana berbeza fahaman politik.
Yang sudah tu sudah la, POLITIK tolak ketepi dulu, yang penting hidup bermasyarakat. Yang ammboi heran bab politik ni boleh sampai masuk dalam masjid. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment