![]() |
| Petikan Harian Metro |
Ishh..betul ke ni? Macam kenal plak dengan gula-gula cam ni. Kat mana eh...? Betul ke ada GELETIN BABI (KHINZIR) dalam kandungannya? Tak sangka pulak kan. Ada jugak makanan cam ni boleh terlepas kat kedai-kedai runcit di Malaysia. Kalaupun kedai tu kedai bukan MUSLIM, namun kena la jugak peniaga tersebut mengambil berat ISU HALAL HARAM untuk ORANG ISLAM ni. Ammboi bukannya marah, cuma bagi pandangan.
ISU GELETIN BABI dalam kandungan (bukan ibu mengandung yer..) produk makanan bukan lagi isu asing kat negara kita ni. Malaysia merupakan negara ISLAM, jadi wajarlah jika akta makanan diperketatkan lagi.
Isu ni isu lama dan kian menjadi kebiasaan peniaga. Produk makanan yang tak HALAL atau diragui keHALALannya ini masih menjadi pilihan peniaga kerana boleh didapatkan dengan harga yang murah.
Kita sebagai pengguna juga perlu berhati-hati memilih makanan. Yang masuk dalam perut kita tu akan jadi DARAH DAGING kita. Jika kita mengabaikan cara pemilihan makanan itu maka ia sememangnya salah kita, bukan hanya terletak di bahu peniaga semata.


3 comments:
huhu betul ke??? pernah makan gula2 ni...waaaaaaa!!!!
@HaNTwObetul ke bro?
abisla ko... kn taubat.. huhu..
xdela.. blm tentu lg tu yg ko mkn tu jns yg 'berkenaan'.
biar betoi ni..selalu makan masa kecik2 dulu
Post a Comment