DEMAM DENGGI : Kelantan Paling Banyak Kes - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

19 August 2010

DEMAM DENGGI : Kelantan Paling Banyak Kes

Negeri Kelantan mencatatkan peningkatan kes jangkitan denggi yang keseluruhannya pada tahun ini melebihi 1500 kes. Alamak, kes denggi nampaknya makin teruk ni kat Kelantan. Kenapa yer? Jumlah kematian? Jom kita baca sama-sama...


Ammboi juga terkejut dengan fakta yang baru didengar daripada Radio Sinar FM tu. Tak sangka pulak negeri Kelantan mencatatkan kes jangkitan paling tinggi. Sehingga melebihi 1500 kes pulak tu. Setahu ammboi tahun lepas di Kelantan sahaja dah mencatatkan 700 kes atau lebih.





Jumlah kematian juga meningkat. Tahun lepas cuma 1 pesakit sahaja yang disahkan meninggal akibat denggi, tahun ini pula sudah 6 orang menjadi mangsa denggi. Tiada langkah yang sepatutnya ke daripada kerajaan negeri? Takkan nak pejam mata jer.



Jabatan Kesihatan

Sepanjang ammboi menetap di Kelantan, Jabatan Kesihatan cuma akan melakukan fogging apabila adanya kes denggi dilaporkan. Itupun cuma kawasan sekitar rumah yang berkenaan sahaja. Tidak ada inisiatif ke kerajaan negeri mahu membanteras denggi secara lebih power lagi?


Masyarakat

Kita hidup bermasyarakat ni kena ada langkah yang sepatutnya untuk mencegah jangkitan denggi atau lebih tepat lagi pembiakan nyamuk aedes ni kat kampung kita. Kerjasama dalam pelbagai aspek boleh dilakukan seperti gotong-royong, mengadakan tempat pembuangan sampah yang terkawal, elakkan terjadinya tempat air bertakung dan sebagainya.


Diri Sendiri

Jika kita tak mahu aedes ni membiak dan membahayakan nyawa kita sekeluarga maka kita tak bolehlah memandang ringan perihal kebersihan kawasan sekitar rumah kita. Jangan membuang sampah merata-rata dan pastikan kawasan rumah tidak terdedah dengan habitat pembiakan nyamuk aedes.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot