Contestku : Puisi Kantoi The Contest! - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

20 August 2010

Contestku : Puisi Kantoi The Contest!

Waaah..ada kontest la kat blog Pencari Cinta! Boleh cuba nasib ni. Nasib jer la kan.. hihi sebab ammboi tak pernah menang pun.. (nak menang camne dah ko tak pernah join kontest-kontest ni..cesss).

Pencari Cinta

Buat julung-julung kalinya ammboi nak join ni. Apa? Berkenaan Kontest ni.. Korang baca kat bawah.. Mana? klik ajer la read more tu.. ^.^.


Puisi Kantoi The Contest!

Syarat-syaratnya :

1. Korang kena COPY code banner kontest ni dan letak kat blog korang la.

2. Buat entry pasal kontest ni pastu terus masukkan puisi korang tu.

3. Komen kat blog Pencari Cinta n letak link korang lepas selesai.

4. Jadi follower (tertakluk pada budi bicara hati korang la..)


Apa lagi? Contoh PUISI?

A...ni a ko try tengok 

PUISI AMMBOI

DIRIMU... ibarat nafasku yang tercungap-cungap
Memberikan aku setitis harapan daripada yang tiada harapan
Kekadang kau selalu melukakan hatiku
Namun aku redha, kerana aku tetap perlu menyayangimu

DIRIMU... seperti tahu akan tarikh gajiku dibank in kan
Seolah-olah kau telah meredah kedalam akaun bank ku 
yang sering ciput dipertengahan bulan (nada tinggi kat sini)
Kau memang bijak, takkala hujung bulan jer kau merengek (slow kan emosi anda)
Bila hujung bulan jer kau mintak duit..
Kopak la aku macam ni...(buat muka poyo...)
Macam la kau ingat aku kerja ni gaji 8 juta sebulan...?

NAMUN... aku tetap menghargai jasamu
Keranamu lah aku berjaya menghadirkan diri bekerja disini..
Keranamu lah yang membantuku, keluargaku takkala saat memerlukan
Kerana kau aku sanggup kopak lagi.. kereta GEN 2 ku..


Gen 2 Ku

p/s : muka berkereot time taip puisi.. satu opis tengok sambil bertanda tanya.. "kenapa dengan budak ni....?"

7 comments:

iza said...

Salam....

Wahhh....menarik ni....
Gud luck.

Syifa Alshah (wutwut) said...

hiargh!
siyes tu gen2 ammboi??
~.~

contest ni besh laa~
berkira2 gak nak join.
ahakss

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

hahaha..tergelak2.....bace puisi..nih..merti menang lah..ahahahha.. *gelak geguling*

.:|kamaryeah|:. said...

menarik~
semoga berjaya~

ammboi said...

arisa ~ hehe..xtau la main hemtam jer taip tu..
elmo + iza ~ jum la join sesama.. mn tau ada idea yg best tahap gaban jugak.. huhu

ammboi said...

@iza
jum la join gak... lmbt lg tarikh tutup tu...

ammboi said...

@elmo blurb
ala..join je.. reramai meriahkan kontest ni.. hehe...

Post Top Ad

Your Ad Spot