Bazar Ramadan - Berisiko Keracunan Makanan - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

26 August 2010

Bazar Ramadan - Berisiko Keracunan Makanan

Mungkin anda merupakan pengunjung setia bazar Ramadan, tak pun anda merupakan salah seorang yang gemar membeli juadah di BAZAR RAMADAN. Betul ke tak? Yang terbaru ammboi dengar berita bahawa banyak risiko membeli makanan di Bazar Ramadan ni. Betul ke? Jom lihat statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.


KES KERACUNAN MAKANAN YANG DILAPORKAN = 13
KES MEMBABITKAN MAKANAN DARI BAZAR RAMADAN = 7

Laporan Kementerian Kesihatan dari 10 Ogos

Gambar Hiasan (dari Yahoo Image)

Ini bermakna hampir 54% kes keracunan makanan melibatkan makanan dari BAZAR RAMADAN. Dasat jugak tu? Kenapa?

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.

"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya. - Petikan Kosmo!Online

Sumber : Kosmo!Online

Gambar Hiasan (dari Yahoo Image)

Pesanan ammboi, berhati-hatilah memilih gerai yang bersih. Jangan main hentam keromo jer mengikut nafsu makan tu. Pastikan gerai tu bersih dan bab menyediakan juadah basi tu korang xleh nak test kan. Tu peniaga pulak la kena jujur. Jangan jual makanan yang dah basi atau tercemar. Kebesihan tu kena jaga. Tambahan pula sekarang ni macam-macam penyakit ada. Pastikan anda (peniaga) mendapat rezeki yang halal dan diberkati-NYA.

2 comments:

Anonymous said...

hmm..biase dah ni..kalau nmpak cara buat dan kebersihan xpe tp makanan semalam jual hari ni, macam mana tak keracunan..haihh

ammboi said...

yela.. ammboi pun dah terkena.. sedey rasa bila orang melayu berniaga cuma tau nak MENIPU jer..
yg penjual pulak tak cukup dgn pakai kopiah, tapi lauknya dah BUSUK!!!

Post Top Ad

Your Ad Spot