Bahaya H1N1 - Kencing Tikus - Demam Denggi - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

05 August 2010

Bahaya H1N1 - Kencing Tikus - Demam Denggi

Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang lagi mangsa Kencing Tikus atau di kenali bakteria Leptopirosis ini. Ammboi juga dapat tahu 4 lagi telah disahkan dijangkiti bakteria berkenaan dan masih diberikan rawatan di hospital.

Gerun jugak dengar berita macam ini kan? Kekadang terdetik di hati kita betapa bakteria sehalus itu boleh mengancam nyawa seseorang. Padahal namanya cuma KENCING TIKUS je...


Jadi kita semua perlu beringat. Semalam Kementerian Kesihatan telah memaklumkan beberapa lokasi akan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan dari virus berkenaan.

Antaranya :

Lata Bayu - Baling

Taman Rekriasi Puncak Janing - Kuala Nerang


Ammboi harap kita semua dapat saling mengingati sesama kita agar dijauhi dari sebarang musibah. Mana yang rasa tak sedap badan, tak sihat, atau penyakit yang selainnya, jangan ambil ringan dan terus ikhtiar untuk berjumpa doktor.



Ammboi juga dapat berita tentang Virus H1N1 juga kembali aktif. Hampir 50 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan (jika tak tepat maklumat ni sila kasitau ammboi).

Begitu juga dengan Demam Denggi. Pihak Kementerian Kesihatan telah memberitahu bahawa virus berkenaan juga mencatatkan peningkatan jangkitan. Jadi semua kena berhati-hati dan sama-sama kita berdoa agar dijauhi dari oenyakit merbahaya berkenaan.


Amin....

1 comment:

ammboi said...

oooo...emm..kekawan blogger bolehla berkunjung ke blog Sihat Selalu untuk rujukan yer... tq armouris

Post Top Ad

Your Ad Spot