Liga Super : Kelantan Seri 1-1 Dengan Selangor - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

12 July 2010

Liga Super : Kelantan Seri 1-1 Dengan Selangor

Sabtu lepas, Red Warrior bertandang lagi kat SHAH ALAM. Walaupun demam PIALA DUNIA masih belum tamat (masa tu) tetapi LIGA MALAYSIA tetap diteruskan mengikut jadual. Mak oiii, ramai betul penyokong TRW. Tak sangka betul la. TAHNIAH untuk semua penyokong THE RED WARRIORS (TRW).

Ini adalah perlawanan kedua liga selepas berehat panjang bebaru ini. Ingatkan player semua dah out dah, rupanya makin mantap. Baguih semua. Perlawanan berlangsung dengan penuh kerancakan. Saling berbalas serangan.

Makin asyik kita tengok, dah macam EPL doh sesikit aksinya. Nasib baik padang kita tak berapa nak rata kan. Kalau tak mesti permainan makin lancar dan baik. Selangor mendapat beberapa peluang yang cukup baik, namun penjaga gol TRW nampaknya penuh yakin menepis percubaan barisan pemain Selangor. Amri Yahyah, nyata berjaya mengucar-kacirkan pertahan Kelantan walaupun beliau telah dikawal ketat.

Namun rembatan volley Amirulhadi telah memberikan mata pertama untuk Selangor. Rembatannya memang sukar untuk dijangka oleh penjaga gawang Kelantan. Selangor mendahului Kelantan sebelum Indra Putra menyamakan kedudukan hasil umpananan Norfarhan.

Kelantan dan Selangor terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.


Result Lepas :

Kelantan 1 - 0 Negeri Sembilan

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot