Kejohanan semakin hampir, namun semakin ramai pula pemain yang mengalami kecederaan. Inilah yang tidak diingini oleh sesebuah pasukan. Takkala kejohanan semakin dekat, ada pula pemain yang cedera. Yang cedera pula merupakan tonggak utama pasukan.
Sebelum ini kita telah lihat kekecewaan David Beckam yang mengalami kecederaan serius sehingga disahkan terkeluar daripada senarai skuad PIALA DUNIA England. Kini Rio Ferdinand pula mengalami kecederaan sehingga memaksa jurulatih menggugurkannya dan membawa masuk Dawson sebagai pengganti.
Masalah yang sama juga turut berlaku dalam kem Ivory Coast. Apabila Drogba mengalami kecederaan ( Patah Tangan ) ketika aksi persahabatan yang lepas. Namun dari sumber internet terkini , nama Drobga tetap tersenarai dalam skuad negaranya.
Betul kata Maradona, sesebuah pasukan akan bermasalah jika ada pemain yang cedera. Beliau berpendapat, tidak perlu perlawanan persahabatan demi melindungi pemainya dari mengalami kecederaan serius. Skuad yang baik lebih berhasil jika ada latihan bersama dengan jurulatih yang memahami.
No comments:
Post a Comment