Nasib nyata tak menyebelahi pasukan GERGASI eropah. Takkala pasukan dari Amerika Latin gah mencapai keputusan memberangsangkan, pasukan seperti England, Sepanyol, Perancis dan Italy pula bagaikan menunggu masa untuk 'jatuh' sahaja.
Prestasi England dipersoalkan oleh peminatnya apabila mencatatkan dua keputusan seri dengan pasukan yang sepatutnya mereka menang. Manakala Sepanyol pula dikejutkan dengan semangat tinggi pasukan Switzerland apabila kalah dengan keputusan 1-0. Nasib Perancis pula semakin teruk, setelah seri pada perlawanan pertama, naib juara edisi 2006 itu dibelasah Mexico, 2-0. Kini mereka sedang bergelut dengan masalah dalaman apabila jurulatihnya (Domenech) nya menggugurkan Anelka dari skuad itu. Pemain lain pula mengadakan protes lantas persetujuan gagal dicapai walaupun kapten, Evra telah berbincang dengan jurulatihnya agar Anelka dipanggil semula. Juara DUNIA, Italy masih terumbang ambing sekadar memungut 2 mata juga dari 2 perlawanan.
England, Sepanyol, Italy dan Perancis perlu menang pada perlawanan berikutnya jika mahu terus mara ke saingan 16 terakhir.
Jadual Piala Dunia 2010
Hari Ini :
Portugal VS Korea Utara - Jam 7.30 mlm
Chile VS Switzerland - Jam 10.00 mlm
Esok :
Sepanyol VS Honduras - Jam 2.30 pagi
No comments:
Post a Comment