Skuad bolasepak muda negara telah kembali ke tanah air semalam. Tahniah buat pengurusan FAM, kerana (boleh dikatakan) berjaya membuka ruang kepada 'pelatih muda' negara untuk menimba pengalaman di rantau asing. Pengalaman yang sangat berguna dan pastinya kita (rakyat Malaysia) menunggu untuk menuai hasilnya.
Bagi skuad Harimau Muda A, anda seharusnya sedaya upaya berusaha untuk membuktikan bahawa pelaburan yang dicurahkan kepada anda bukannya satu isu pembaziran. Beberapa kejohanan besar sedang menanti. Diharapkan skuad ini akan terus kekal bersama (tanpa ada campur tangan orang asing) dan mengekalkan momentum berpasukan yang telah diterapkan.
No comments:
Post a Comment