Piala Thomas: Pemain negara salahkan media
ENTAH mana silapnya, tiba-tiba pihak media dikatakan menjadi punca skuad badminton negara gagal mencipta keputusan baik pada kempen Piala Thomas yang berakhir Ahad lalu.
Itu antara maklum balas yang diterima oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh ketika beliau bertemu barisan pemain negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai kegagalan Malaysia pada kempen kali ini.
"Ada pemain yang memaklumkan bahawa pihak media turut memberi tekanan kepada mereka," kata Nadzmi pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.
"Mereka berharap agar pihak media tidak terlalu kerap bertemu pemain. Mereka juga tertekan sele- pas membaca berita mengenai mereka di akhbar setiap hari."
Nazmi turut mendedahkan, ada antara pemain yang mengakui tidak memiliki kekuatan mental yang tinggi berbanding pemain dari pasukan-pasukan lain.
"Selepas mendapat pandangan daripada semua pemain, saya dapat rumuskan bahawa kelemahan mental sebagai punca utama kegagalan skuad Piala Thomas tahun ini," tambah Nadzmi.
Antara alasan lain termasuklah kem motivasi yang diadakan selama tiga hari di Port Dickson, Negeri Sembilan terlalu hampir dengan kejohanan sebenar sehingga tidak begitu memberi impak kepada mereka.
Skuad Piala Thomas negara yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen kali ini dengan kemenangan percuma 5-0 ke atas Nigeria tetapi tewas 2-3 kepada Jepun dalam aksi peringkat kumpulan.
Barisan pemain negara kembali bangkit apabila menewaskan Denmark 3-2 pada peringkat suku akhir sebelum misi mereka berakhir apabila tewas 0-3 kepada China pada saingan separuh akhir.
Petikan : Kosmo! Online
Ulasan Penulis :
Kenapa media menjadi punca? Apakah kerana tekanan yang diberikan media menjadi satu beban kepada pemain badminton negara? Sehingga melontarkan amarah kepada para peminat di gelanggang? Puluhan ribu peminat hadir dengan saranan mahu menyokong skuad negara? Harapan mereka juga tinggi kan? Kita (peminat) akui, adat pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Jika nak kalah nak buat macam mana kan? Namun janganlah kalah dengan terlalu mudah. Semacam kita tengok seperti pemain negara mudah 'di ayam' atau dibelasah oleh pemain China!
Sekurang-kurangnya tunjukkanlah semangat melawan. Sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Tekanan dari media atau bermain untuk maruah sendiri?
Ada pemain yang bermain demi maruah sendiri. Terlalu mengikut perasaan dan mudah jatuh moralnya apabila pemain lawan mengasak dengan kaedah psikologi. Pemain kita mudah panas. Dan mula mahu menunjukkan mereka juga hebat. Yela, apabila media membandingkan 'dia' dengan lawan. Sebab itulah kita boleh lihat pemainan tersebut seolah-olah permainan cabar-mencabar.
Agaknya bilalah peminat negara akan dihargai???
No comments:
Post a Comment