Sempena Sambutan Hari Belia 2010, media kompak paling hangat kat Malaysia telah bekerjasama menganjurkan Karnival Futsal di Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya pada 14 - 16 Mei yang lepas (semalam la grand final). Sambutan yang sangat luar biasa dan begitu menakjubkan. Sehinggakan pihak penganjur terpaksa membuka lebih banyak peluang kepada semua peminat dengan mengadakan beberapa slot pertandingan. Antaranya kategori terbuka, bawah 18 dan bawah 12 tahun. Tak lupa juga dengan kategori larut malam. Hangat woooo....
Gambar masa kat Subang
Penulis takdela join futsal, penulis hanya menghangatkan suasana dengan menyertai pertandingan PS3!. Kali ini pihak penganjur mengadakan 2 jenis pertandingan iaitu PES 2010 dan FIFA 10. Sambutan untuk pertandingan ini juga meletup. Seramai lebih kurang 700 penyertaan diterima. Namun penulis hanya mampu layak sehingga pusingan ke-4 sahaja. Nak buat macam mana kan. Adat pertandingan ada menang ada plak yang kalah. Dan yang kalah tu plak antaranya penulis sendiri. huhu....
Ni gambar masa kat Subang Sport Planet gak.
Semoga penganjuran pertandingan seperti ini diperbanyakkan. Ini melibatkan pengisian masa warga belia kita kat Malaysia. Jadi takdelah masa dihabiskan dengan perkara yang tak berfaedah. Tahnia buat para pemenang. Nak tahu sapa yang menang? Silalah baca Kosmo! Online.
p/s : maaflah pic kat Putrajaya x sempat nak upload.....
No comments:
Post a Comment