Petua Kempiskan Perut - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 April 2010

Petua Kempiskan Perut

"Apa ni, baru tiga bula kahwin dah boroi..." 
"Nak buat macam mana, hati dah senang..."

Dialoh kat atas la biasanya aku dengar daripada semua orang yang lepas kahwin ni. Di tegur dek ke boroi-annya la. hehehe... Kenapa boleh boroi, jawapan yang mudah, hatiku senang. Jadi macam mana yang tetap kurus kering / bertambah kurus bila dah kahwin? Adakah mereka tak senang hati atau tak cukup makan? Jawapannya ada pada diri mereka tuh. Yang dah memang keturunannya 'sang kurus' ok la. Nak gemuk macam mana kan? Kecuali berpenyakit. Kira kalau kurus atau gemuk yang sihat alhamdulillah tu kira bersyukurlah. Asalkan bini / isteri kita tak lari kan. hehehehe....


Bagi yang boroi / buncit  ni jika nak kurangkan boroinya tu ada caranya. Beberapa petua yang penulis search kat internet ni mungkin boleh dijadikan panduan yang berguna. Ini untuk rujukan penulis dan kengkawan semua yer...


Petua 1

Teh dan Limau Nipis/ Kasturi
  1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.
  2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.
  3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.


Petua 2

Kempiskan perut dengan Asam Keping.
 
  1. Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
  2. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
  3. Minum setiap pagi dan malam.
  4. Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

Petua 3

Lansing dengan daun cekur.

  1. Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
  2. Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
  3. Masukkan 1/2 gelas air.
  4. Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.


Petua 4
Khasiat asam jawa.

  1. Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
  2. Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
  3. Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
  4. Lemak di badan pasti akan berkurangan.


Petua 5
Lansing dengan biji manjakani.

  1. Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
  2. Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
  3. Biar mendidih dan di sejukkan.
  4. Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
  5. Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.


Petua 6
Temu hitam.

  1. 25 gm temu hitam
  2. 25 gm bonglai
  3. Air 400 ml
  4. Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
  5. Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Bagi lelaki elok cuba petua 1 dan 2. Perempuan penulis tak pasti la. Yang ada ayat bersalin dan langsing tu pastinya untuk perempuan. Try cuba dulu. Hasilnya harap dapat kongsi bersama kat sini yer...


Salam 1 Malaysia


Sumber : Internet (hasil carian perut boroi dan kempiskan perut)


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot