TOP Transfer EPL - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

25 January 2010

TOP Transfer EPL

 Ketika ini hampir kesemua kelab EPL mahu menguatkan pasukan masing-masing. Cabaran EPL semakin sengit dengan gelaran BIG Four nyata menjadi rebutan lebih 6 pasukan. Pencabar utama Man United, Chelsea dan Arsenal tahun nyata semakin ramai.


 Memilih West Ham untuk bersama G. Zola


Antaranya Tottenham dan Aston Villa sedangkan Liverpool semakin hanyut ke bawahan liga. Namun kebangkitan 2-0 menewaskan Tottenham masih gagal menyerlahkan keyakinan betapa anak buah Rafa mampu bangkit untuk mengejar.


 Bojan menjadi pilihan Mancini jika Robinho ke Barcelona

Antara nama-nama besar yang disebut untuk mengisi padang EPL adalah seperti Van Nistelroy (Real Madrid), Huntelarr, Chiellini (Juve), Gudjohnsen (AS Monaco), Guy Demel (Hamburg), Bojan (Barca) dan ramai lagi. Yang bakal meninggalkan EPL pula ialah Robinho dan Vidic.


 Robinho : Pemain Barca tidak mahukannya.


 Liverpool telah gagal memikat Nistelroy untuk menguatkan pasukannya setelah kehilangan Torres dan Gerard akibat kecederaan. Namun Rafa tetap berjaya membawa Maxi yang diperkenalkan dalam perlawanan lepas.

Van Nistelroy Ke Hamburg, German


 Ruud Van Nistelroy : Pilih Hamburg lagi baik daripada Liverpool yang kucar-kacir...


Bekas penyerang sensasi Man U dan Madrid, Ruud Van Nistelroy telah memutuskan untuk berhijrah ke Hamburg. Beliau menolak tawaran West Ham dan liverpool untuk menyertai Hamburg yang kini berada di kedudukan ke 5 Bundesliga.


Sumber : Internet

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot