Tahniah Buat Pasukan Malaysia - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 July 2009

Tahniah Buat Pasukan Malaysia


Aksi yang dipersembahkan pada perlawanan pertama sangat membanggakan walaupun kita gagal menghasilkan gol dari gerakan yang 'benar-benar' memburu gol. Jaringan oleh Amri Yahyah untuk gol pertama cukup untuk menenggelamkan ego Van der Sar dan jaringannya bagi gol kedua pasukan negara sangat memalukan barisan pertahanan United tambahan pula selepa kegagalan Foster mengawal bola hantaran rakan sepasukannya.

United sememangnya langsung tidak tertekan dengan perlawanan tersebut. Kerana bagi mereka aksi tersebut hanya sekadar hiburan dan komitmen publisiti semata. Namun cukup memalukan jika pemain handalan dunia tumpas ditangan pasukan kerdil dunia kan?

United terlebih dahulu membuka jaringan , seterusnya mendahului dengan kedudukan 2-0. Tetapi pasukan Malaysia yang banyak bertahan dan kadangkala cuba mengasak merapatkan jurang pada masa kecederaan seperuh masa pertama untuk menjadikan keputusan 2-1 sebelum rehat. Lambungan cantik dari Amri membuatkan Van der Sar terkial-kial kerana dia sudah terkeluar dari posisinya.

Komitmen barisan pertahanan negara seharusnya dipuji.

Pada separuh masa kedua pula Amri sekali lagi mengegarkan jaring United dengan gol keduanya setelah berjaya mengasak dan merampas bola dari Foster. Ternyata Foster hanya mampu menekapkan mukanya ke tanah melihat pemain Malaysia itu menolak bola ke gawangnya.

Namun penyerang yang baru ditandatangani oleh United, Owen dengan tenang menjaringkan gol ketika masa sebenar perlawanan hampir tamat bagi memberikan United kemenangan 3-2.

United sekali lagi mahu bertemu pasukan Malaysia setelah mereka membatalkan siri jelajah ke Indonesia. Namun pada perlawanan kedua Malaysia tumpas 2-0. Pujian seharusnya diberikan walaupun kalah. Pasukan Malaysia masih mampu memberikan saingan namun kekurangan pengalaman nyata menjadi kelemahan.

Benarkah prestasi pasukan Malaysia semakin meningkat?

Bak kata Rajagopal, Malaysia gagal menyaingi United pada perlawanan kedua kerana keletihan setelah berhabisan tenaga bertarung pada perlawanan pertama. Pemainnya ingat ini adalah perlawanan pertama dan terakhir menentang United. Dan tidak dijangkakan bahawa mereka perlu bertemu United sekali lagi dalam tempoh 3 hari. Faktor stamina dan konsentrasi nyata masih menjadi penghalang pasukan negara.

Malaysia juga masih menghadapi masalah kurang persefahaman antara pemain. Dengan hantaran yang lemah, gerakan yang lambat, pasukan negara masih lemah dari beberapa sudut dan perlu pemulihan dengan segera. Diharap Rajagopal mampu memberikan suntikan dalam pasukan negara untuk benar-benar bangkit menyaingi pasukan serantau.



Keputusan :
Perlawanan Pertama : Malaysia (2) - United (3)
Perlawanan Kedua : Malaysia (0) - United (2)


Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot