Analisa Bola Kelantan - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

06 July 2009

Analisa Bola Kelantan

Kelantan kekal berada dikedudukan ke-3 Liga Super dan sudah tidak mempunyai peluang untuk muncul sebagai juara mahupun naib juara. Harapan Red Warrior sekarang hanyalah untuk berada di tempat ke-3 liga, itupun jika Kedah gagal mengambil kelebihan 4 perlawanan berbanding Kelantan yang hanya memiliki baki 3 perlawanan.

Perbezaan mata antara Kelantan dan Kedah hanya 1 mata. Kedah mampu mengutip mata maksima 12 mata sedangkan Kelantan hanya 9 mata. Oleh itu pungutan mata Kedah meningkat kepada 54 mata dan Kelantan hanya memperoleh 52 mata.

Pendahulu liga sekarang, iaitu Selangor memiliki 54 mata dan Perlis pula mempunyai 52 mata. Selangor berpeluang muncul sebagai juara jika memenagi kesemua baki perlawanan.

Bagi dua pasukan tercorot liga pula, peluang Polis sudah nyata tertutup. Tetapi Pahang masih mempunyai ruang untuk kekal dalam liga utama Malaysia. Samada Pahang terus mempamerkan peningkatan atau peluang apabila format liga Malaysia dirombak sekali lagi... hehe..

Sejak kembali ke stadium keramat, Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Pasukan Kelantan nyata mempamerkan peningkatan. Namun aksi yang agak over konfiden nyaris-nyaris membunuh diri sendiri apabila dikejutkan Pahang yang mendahului 2 kali sebelum jaringan gol kemenangan oleh Zairul Fitri. Nyata pertahanan Kelantan tampak sangat lemah dan tidak konsisten.

Sebelum itu Kelantan telah tunduk kepada Terengganu di Kuala Terengganu dengan keputusan 2-0. Menjadikan keadaan padang sebagai alasan adalah tidak sepatutnya dilakukan oleh jurulatih Kelantan, Peter Butler. Butler seharusnya sedar, pasukan Kelantan amat lemah di bahagian pertahanan. Butler perlu merekrut beberapa pemain baru agar barisan pertahanan Kelantan lebih utuh. Meskipun memiliki jumlah jaringan kedua terbanyak selepas Selangor, Kelantan nyata adalah pasukan yang paling banyak bolos (analisa bagi kedudukan tempat 5 keatas). Jumlah jaringan Kelantan adalah 47 dan bolos sebanyak 32 gol menceritakan bahawa Kelantan sememangnya amat memerlukan beberapa muka baru di bahagian pertahanan.

p/s: ini adalah pendapat aku semata-mata, camne dengan pok2 mu pulok?
Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot