NASIB MALAYSIA SETERUSNYA...? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

16 January 2009

NASIB MALAYSIA SETERUSNYA...?

Keadaan skuad bolasepak kebangsaan terlalu lemah kerana hanya beberapa pemain jah yg lulus ujian kecergasan yg dibuat di MSN. Bakpo buleh jadi gini???

Malaysia VS UAE (Kelayakan Piala Asia)

Tahap liga kita sekarang nampak mcm lemah sgt. Prestasi pemain pula kurang memuaskan. Nyata tanpa pemain import barisan serangan pasukan2 yg bertanding gagal menghasilkan penyudah yg tajam dan bhgn tengah pula tak konsisten utk membuat hantaran dan umpanan yg baik. Jd mcm main kat kampung pulok, mace lalat urung taik....?

Apakah ini yg dikehendaki oleh FAM?

Sedangkan liga2 ternama didunia menggunakan pemain import utk menguatkan pengaruh liga mereka seterusnya berjaya membina pasukan kebangsaan yg benar2 mantap.

Kekadang ada rasional juga dpd keputusan tersebut... Kenapa?

Kerana pemain kita boleh berdikari, tanpa bantuan tenaga import segala kudrat dan tenaga adalah dari sumbangan pemain tempatan. Tgk macam pasukan Kedah, mereka gagal memberikan aksi sama seperti ketika mereka memiliki pemain import. Dan ini seolah2 menunjukkan Kedah hanya bergantung kpd pemain import. Tetapi, kita mesti bersabar, mungkin Kedah masih belum kena pd rentaknya. Kehilangan rakan sepasukan seperti Marlon, dan Hugging semestinya mereka rasai. Sama juga seperti jika pasukan seperti Manchester United, jika mereka kehilangan pemain penting seperti Ronaldo, Rooney dan pemain utama lain, pastinya mereka perlu menyesuaikan diri dengan rentak baru. Namun demikian, tahniah buat pasukan Kelantan, kerana masih lagi konsisten dan berjaya mengimbangi perlawanan sebaiknya walaupun memiliki beberapa muka baru dalam pasukan. Diharap mereka di dlm Liga Malaysia boleh meningkatkan lagi tahap permainan kpd yg lebih baik. Mampukah...?

Pasukan Malaysia seharusnya melansungkan seberapa banyak yg boleh perlawanan persahabatan antarabangsa bagi meningkatkan kualiti dan daya saing pemain. Jgn hanya pandang kpd pasukan2 ternama sahaja. Yela, apa salahnya jika menentang pasukan2 seperti Andorra dan sebagainya. Walaupun mereka pasuka lemah di eropah namun sekurang2nya kita dpt menimba pengalaman bagaimana utk bersaing dengan pasukan yg memiliki susuk tubuh yg lebih besar dan tinggi. Tu pun belum tentu Malaysia menang kottt....?

Apa yg penting, pemain dlm liga di Malaysia seharusnya mempunyai semangat kenegaraan. Sentiasa penuh tenaga dan mempunyai komitmen penuh semasa perlawanan dan teguh dihati utk menjadi barisan pemain kebangsaan. Tak mustahil jika kita berjaya memenangi Piala Asia, dan semua pemain yg berjaya itu akan bergelar DATUK...?

p/s: Semua tertumpu pd Ganjaran...

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot