KIJANG MENGAMUK DI KOTA BHARU - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

27 February 2008

KIJANG MENGAMUK DI KOTA BHARU

Skuad Kijang memulakan aksi pusingan ke-2 dengan bergaya apabila membelasah pendahulu liga KL Plus 5-2 dalam saingan TM Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi.Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit pertama apabila penyerang muda Muhd Nizab Ayub mudah menyempurnakan bola hantaran Muhamaudo Mustapha Mane untuk membolehkan Kelantan mendahului KL Plus.Tenyata gol tersebut telah menyuntik semangat pemain Kelantan. Usaha gigih pasukan tuan rumah terus berhasil apabila Muhamaudo Mustapha Mane bijak memyudahkan peluang yang terhidang untuk menghadiahkan gol ke-2 untuk Kelantan pada minit ke 16.Tersentak dengan gol tersebut K.L Plus terus menggandakan asakan, berpunca dari bola sepakan sudut pada minit 19 KL Plus apabila Alex Abgo menanduk masuk bola sepakan penjuru untuk menghadihahkan gol pertama buat K.L Plus. Gol tersebut telah menyuntik semangat anak buat Mat zan Mat Aris untuk terus memburu gol penyamaan. Hasil usaha dan serangan yang bertali arus yang di lancarkan akhirnya gol penyamaan yang ditunggu-tunggu oleh KL Plus kunjung jua apabila Muhd Rizal Fahmi tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol penyamaan buat pasukan KL Plus.Ternyata gol KL Plus tersebut telah menyentap semangat anak didik Norizan Bakar. Kelantan mula memperkemaskan jentera serangan.hasil serangan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu KL Plus dan hasilnya pada minit 33 kelantan memperolehi gol ke-3 hasil sepakan percuma yang cukup menarik dari Mohd Badri Radzi, menewas Mohd Amirul di posisi penjaga gol Pasukan KL Plus. Mohd Badri Radzi sekali lagi membuktikan sentuhan beliau berbisa apabila menghadihakan gol Ke-4 buat kelantan pada minit 40 untuk memberikan bekalan selesa ke bilik persalinan Kelantan.Separuh masa kedua menyaksikan tidak banyak perubahan yang dibuat oleh pasukan Kelantan. Sebaliknya Pasukan KL Plus membuat beberapa pertukaran bagi memperkemaskan lagi jentera pasukan mereka. Tapi usaha mereka tidak membuahkan hasil. Muhd Badri Radzi muncul wira pasukan kelantan apabila menjaringkan gol ke-5 pasukan kelantan seterusnya melengkapkan malam gemilang buat Kelantan. Gol tersebut terus memusnahkan impian pasukan K.L plus untuk mengulangi kemenangan selesa Kelantan pada perlawanan tersebut.Dengan kekalahan itu, hasrat KL Plus untuk mengukuhkan penguasaan di takhta liga tampak goyah selepas tewas kepada Kelantan dan membuka ruang kepada Johor untuk mengejar merampas kedudukan.


Sekian Laporan Anokkelate


Petikan dari : (www.kelate.net Kota Bharu)

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot