Sinopsis Filem Damping Malam - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

29 December 2010

Sinopsis Filem Damping Malam



Filem Damping Malam yang akan menemui penonton bermula pada 30 Disember 2010 mengangkat kisah seorang isteri bernama Ku Khalira (Amy Mastura) yang terlalu takut hidup dalam kesepian. Dia bersama suaminya Wadi (Ahmad Idham) adalah pasangan bahagia yang dikurniakan seorang anak bernama Nuraiza (Erynne Erynna).



Barisan Pelakon Filem Damping Malam

Dalam kebahagiaan itu, rupa-rupanya hati Ku Khalira memberontak kesepian dengan layanan suami yang terlalu sibuk bekerja. Perasaan itu mula menghantui diri Ku Khalira setelah anaknya dihantar ke sekolah asrama penuh.



Namun sejak anaknya masuk ke asrama, pelbagai perkara pelik berlaku dalam keluarganya. Malah, Nuraiza juga dirasuk ketika berada di asrama itu dan ia ada kaitan dengan rahsia yang terpendam dalam diri Ku Khalira.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot