Selangor menjadi antara pasukan terawal mengadakan mesyuarat bagi membncangkan langkah FAS yang seterusnya untuk musim 2011. FAS dikhabarkan akan membincangkan langkah yang bakal diambil dalam pembentukkan skuad 2011 untuk saingan yang bakal bermula pada Januari depan.
Gambaran skuad Selangor 2011.
Antara pemainnya yang pasti dikekalkan adalah Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi, dan Nasriq Baharom. Namun ia bergantung pada keputusan antara mereka dan FAS apabila pemain ini dikhabarkan telah mendapat tawaran dari pasukan lain.
bakal dikekalkan... |
Pemain yang akan dilepaskan pula adalah Farderin Kadir, Zaiza Zainal Abidin dan R. Surendren.
Selangor dikhabarkan sedang berusaha memancing beberapa pemain seperti penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, pemain sayap Negeri Sembilan, S. Kunanlan, pemain sayap Kedah, Baddrol Bakhtiar dan kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin - Petikan Kosmo!Online
antara penyerang terbaik negara |
Apapun ammboi harap Norshahrul akan terus kekal bersama pasukan Kelantan. Dan jika benar beliau akan berhijrah, ammboi sarankan pasukan Kelantan cuba memikat Safee Sali sebagai gantinya. Ini kerana Safee juga merupakan penyerang terbaik yang ada di Malaysia ketika ini.
1 comment:
safee sali telah berhijrah ke Pelita Jaya... dan pasukan selangor cuma dpt memancing Azidan (KL) jer...
Post a Comment