Perlawanan pusingan pertama Peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2010 akan berlangsung malam ini. Tinggal 4 pasukan lagi yang akan meneruskan saingan. Antaranya pertemuan Johor FC vs Negeri Sembilan dan Kedah vs Kelantan. Biasalah folus ammboi adalah kepada pasukan yang digelar THE RED WARRIORS. Jurulatih Kelantan , B. Sathianathan menyuarakan pendapatnya bahawa kekuatan kedua-dua pasukan adalah seimbang.
Walaupun Kedah dikhabarkan hilang beberapa tonggak utamanya, namun skuad Kelantan jangan mudah alpa. Gol yang dicari harus diburu dengan sebaiknya apabila perlawanan bermula.
Pemain Kelantan juga jangan leka dibahagian pertahanan. Pemain tengah jangan lokek membantu pertahanan. Itu yang ammboi dapat lihat dari perlawanan lepas ( vs Selangor ). Sehinggakan membuka ruang pemain lawan untuk melakukan percubaan.
Apapun harapan ammboi (mewakili seluruh RAKYAT KELANTAN) mahu melihat pasukan KELANTAN menjuarai PIALA MALAYSIA 2010.
p/s : berpandangan jauh, jika cakap mahu lihat Kelantan ke final kan setakat FINAL la jugak cam tahun lepas...hehehe...
No comments:
Post a Comment