Final Piala Malaysia 2010 |
Kecoh satu Malaysia pasal tiket FINAL ni susah nak dapat. Paling kecoh adalah dari Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan di Lembah Klang, apabila tiket sebanyak 10,000 yang dijanjikan akan dijual kepada peminat di Lembah Klang tiada..?
KAFA dituduh mengambil kesempatan ekoran permintaan yang tinggi terhadap tiket berkenaan. KAFA mula menjual tiket berkenaan dengan harga pakej iaitu RM40 (harga asal tiket RM30). Ia dikatakan dijual bersama pakej barangan cerderahati dari KAFA.
FAM pula masih berdiam diri berkenaan isu kenaikan harga tiket dari RM20 kepada RM30. FAM menegaskan ianya sesuai dengan prestij perlawanan akhir berkenaan. Ada peminat meluahkan kekecewaan kerana sikap FAM yang suka mengambil kesempatan. Mereka menyuarakan pendapat bahawa ..."bukan semua peminat adalah dari golongan berada, kami hanya orang kampung, berkerja kampung dan kenaikan harga berkenaan adalah terlalu tinggi..."(sumber ingatan dari siaran Buletin Utama).
Jika benar FAM mahu meningkatkan 'prestij' Piala Malaysia, maka ia seolah-olah menyekat golongan yang tidak mampu untuk ke stadium. Mungkin FAM hanya menjemput golongan KAYA sahaja sesuai dengan 'prestij' yang dikatakannya.
p/s : tiket tetap habis walau ramai yang kata nak 'boikot'.
No comments:
Post a Comment