Tak sudah-sudah lagi agenda badan induk bolasepak negara ini yang mahu (cubaan) menjatuhkan Pasukan Bolasepak Kelantan. Tak sudah satu isu ditambah pulak dengan isu yang lain. Boleh dikatakan pasukan Kelantan adalah pasukan yang paling banyak didenda oleh FAM.
Kenapa?
Ada suara dari penyokong Kelantan (siaran berita) menyatakan mungkin ada 'tangan ghaib' dalam FAM yang cuba menjatuhkan Kelantan. Ini seolah-olah menjadi motif utama badan induk berkenaan sepanjang tahun iaitu menjatuhkan Kelantan. Ketika Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Timb. Presiden FAM, banyak pihak seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan bahawa adanya wakil dari KAFA yang berjaya menembusi tembok tinggi yang dibina oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
image from kelate.net |
Ammboi tidak mahu elemen KEBENCIAN diterapkan dalam arus sukan negara. Menjadikan sesuatu puak, sebagai mangsa keadaan. Jika sekalipun penyokong Kelantan BAIK TAHAP DEWA mereka ini akan tetap menyatakan bahawa PENYOKONG KELANTAN SYAITAN. Itulah yang menjadikan FAM tidak konsisten dalam isu menjatuhkan hukuman.
Jika B.Sathianatan dihukum kerana mengeluarkan komen berkenaan isu gelanggang (membabitkan keputusan FAM) telah dijatuhkan hukuman ketika pasukan Kelantan benar-benar memerlukan khidmat beliau (saingan separuh akhir kedua + Final), FAM bertindak kejam menjatuhkan hukuman pergangtungan 6 bulan Sathia dari arena bolasepak. Ia seperti mahu menjatuhkan moral pemain Kelantan disaat kritikal seperti ini. Padahal kes tersebut adalah pada 3 bulan lepas, kenapa tak boleh tunggu dalam tempoh 2 minggu je lagi kalau terpaksa jatuhkan hukuman sekalipun? Ini tak, macam dah dirancang. Nasib baik pasukan Kelantan tak menyerah kalah lagi. Terus semangat TRW! Apapun FAM telah menangguhkan hukuman keatas Sathia ekoran demonstrasi aman yang diadakan oleh penyokong Kelantan. Harapannya agar Sathia tak goyah dan terus buktikan bahawa anda mampu untuk menjulang PIALA MALAYSIA.
Kenyataan itu menyusul selepas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan pada sidang akhbar, semalam bahawa keputusan menggantung Sathia bukan dilakukan untuk mensabotaj persiapan Kelantan pada separuh akhir kedua di Kota Bharu, Sabtu lalu.
“Selepas keputusan ditentukan, FAM membuka ruang untuk kemukakan rayuan sehingga 14 hari tarikh hukuman. Sekiranya rayuan diterima dalam 14 hari dengan memenuhi syarat, termasuk dikemukakan dengan RM500, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan berhak untuk menangguhkan hukuman sehingga jawatankuasa bersidang,” kata Azzuddin.
Petikan Kelate.Net
"Boleh percaya ke tu?"
Kes rusuhan di Stadium Shah Alam, cepat pulak hukuman dikenakan. Padahal kes pemain Selangor menanduk pemain T Team pun belum dihukum sebab nak bagi jalan pemain berkenaan main dulu kan. Apa kes ni????
p/s : FAM oh FAM....
No comments:
Post a Comment