Cari Haiwan MATI Dilanggar Untuk Dimakan - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

28 October 2010

Cari Haiwan MATI Dilanggar Untuk Dimakan

BOURNEMOUTH, England - Sekumpulan pelajar Universiti Bournemouth di sini mempunyai satu cara pelik untuk mendapatkan makanan secara percuma ekoran harga makanan yang tinggi dan masalah kewangan, lapor sebuah akhbar semalam.


Pelajar-pelajar itu mencari bangkai arnab, burung kuang bayas dan jika bertuah akan mendapat rusa yang baru dilanggar oleh kereta di sebuah sebuah jalan raya.

GAMBAR menunjukkan seorang pelajar universiti menikmati hidangan daging daripada haiwan yang mati dilanggar kereta di Bournemouth.

Seorang kakitangan universiti itu yang sudah bertugas hampir sepuluh tahun berkata: "Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis haiwan di tepi jalan.

"Mereka sebelum ini menggunakan haiwan itu untuk sesi pengajaran bagi menunjukkan sejarah perkembangan kaedah penyembelihan haiwan.

"Namun, selepas kelas itu, kami mendapat banyak timbunan daging (selepas belajar menyembelihnya). Justeru, kami kemudian memanggang daging itu."

Para pelajar di universiti itu menyatakan pengajaran dalam kelas itu menyebabkan mereka mencari lebih banyak haiwan yang mati mengikut masa kelapangan masing-masing.

Seorang pelajar arkeologi forensik berumur 23 tahun berkata: "Selepas menggunyah beberapa kali, saya terlupa saya memakan daging haiwan yang kepalanya dilanggar sebuah kereta."

Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan Majlis Daerah New Forest berkata, seseorang yang makan haiwan yang dilanggar kereta perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan haiwan berkenaan yang mungkin membawa penyakit. - Agensi

Petikan : KOSMO!Online


p/s : dasat betul tahap diorang ni.. dah memang sah tak kenal halal atau haram kan.. xpela.. nak buat camne. jangan sampai ada yang kat MALAYSIA macam ni jugak dah la.. sedih ammboi...

2 comments:

Encik MamaT said...

bukan islam kot...

ammboi said...

hehehe.. bukan la tu.. sah...

Post Top Ad

Your Ad Spot