Pasaran perpindahan pemain kini semakin menjadi bualan hangat. Apatah lagi semua kelab mahukan kata putus sebelum harga seseorang pemain itu meletup takkala selesainya Piala Dunia 2010 Jun nanti. Dikala Torres dan Gerrard ditawarkan harga perpidahan sehingga 80 Juta Pound oleh Man City, Man United juga tidak mahu melepaskan peluang utnuk memperkuatkan pasukannya demi merampas kembali mahkota Liga England edisi seterusnya nanti.
Penulis dah fobia tengok striker United yang berambut panjang....Kurang menjadi....!
Red Devils dikhabarkan mahu mendapatkan Borriello dari Ac Milan dan Lassana Diarra dari Real Madrid dengan nilai hampir 36 juta pound. United sememangnya memerlukan seorang striker yang lain bagi menggantikan kedudukan Berbatov dan Owen yang nampaknya gagal memberikan impak pada musim ini. Boriello dikatakan mampu bergandingan dengan Rooney dan Diarra pastinya satu rekrut yang baik dibahagian tengah United.
United bersedia menyelamatkan karier Diarra
Seorang lagi pemain pertahanan yang cuba dipikat United adalah Jagielka. Beliau merupakan pemain pertahanan yang mantap bersama Everton. Namun United perlu menghadapi saingan Arsenal yang gigih mencari pengganti Cambell dan Gallas.



No comments:
Post a Comment