Isu pemain import mula kembali hangat. Saat melihat wakil Malaysia, Selangor beraksi dalam AFC Cup dibelasah oleh kelab-kelab luar negara yang lain, hati penulis begitu ranap. Sudah semestinya dengan perasaan penonton yang lain jugak kan?
Walaupun penulis berasal dari Kelantan, peminat the Red Warriors, namun apabila aksi peringkat antarabangsa sebegini sudah semestinya kita akan menyokong pasukan dari negara kita juga kan? Itulah yang penulis maksudkan.
Kekurangan tenaga import dijadikan sebagai pemusnah utama kekuatan pasukan Selangor. Negeri Sembilan juga (layak tahun depan) was-was untuk menyertai piala kelas kedua Asia ni. Yela, kita faham penjelasan Wan Jamak. Sudah semestinya kita tak mahu lihat pasukan kita di perkotak-katikkan oleh pasukan lawan. Sehingga menjadi bahan jenaka penyokong pasukan lawan.
Aksi di Shah Alam nampaknya peminay Indon lagi ramai. Melihat wakil negara mereka, SriWijaya membenam cabaran Selangor dengan begitu mudah. Awang import mereka nyata menjadi dan berada dalam kelas yg tersendiri.
Kita bukannya mahu mengabaikan pembangunan bolasepak tempatan. Usaha yang dilakukan oleh FAM nyata memberikan hasil yang baik. Penggunaan 100% tenaga tempatan telah membuka ruang ramai pemain kita untuk menonjol. Hasilnya pingat emas Sukan Sea berada dalam genggaman kita.
Namun FAM juga perlu memberikan sedikit ruang untuk pasukan yang akan bersaing di peringkat antarabangsa. Cadangan penulis adalah :
Pertama
Hadkan pemain import cuma kepada pasukan yang berada di ranking ke-4 keatas sahaja. Adil atau tak kepada pasukan lain tak perlu dipertikaikan. Jika mereka mahukan pemain import, pastikan pasukan mereka mempertingkatkan sasaran yang lebih baik dalam saingan liga. Pemain import ini pula perlu diberikan syarat untuk kekal selama 2 tahun, pasukan yang diwakili kekal berada di tangga 4 teratas. Jika pasukan mereka gagal menempatkan diri dalam kelompok 4 teratas, pemotongan gaji akan dilaksanakan seperti yang disyaratkan. Tahun kedua, jika pasukan mereka wakili masih gagal berada dikelompok 4 terbaik maka kontrak akan serta-merta terbatal.
Kedua
Pasukan yang melayakkan diri ke saingan antarabangsa akan diberikan peruntukkan tambahan yang sewajarnya bagi meneruskan saingan tersebut oleh FAM. FAM perlu memantau perbelanjaan kelab tersebut berdasarkan sumber yang diberikan. Bajet tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan membawa masuk awang import dan sebagainya.
Ketiga
Pasukan liga lain yang berjaya merampas kedudukan 4 terbaik pula mesti melindungi hak pemain tempatan yang lain. Takkan usaha gigih dari pemain tempatan pula memberikan ruang kepada pemain import semudahnya. 4 terbaik bermakna pasukan perlu mengikat kontrak lanjutan dengan pemain tempatan (jika mereka masih berminat) dengan peningkatan gaji yang sepatutnya. Dengan ini takkan ada kes pemain yang terbuang bagai habis madu sepah dibuang. Pemain tempatan ini pula mesti diberikan ruang untuk bermain dan disyaratkan untuk bersaing dengan awang import tu. Jika mereka gagal menyerlah maka terpulanglah kepada kelab untuk memutuskannya.
Sumber Kewangan
Masalah pemain naik lemak juga kerap didengari. Kes nak mintak gaji tinggi la, nak itu la, nak ini la. Kes sebegini la yang membuatkan sesebuah pengurusan kelab/persatuan itu bankrap. FAM mesti memperketatkan syarat had gaji bagi semua pemain dan jurulatih. Setiap 2 kali setahun kelab/persatuan perlu mengemaskini status kewangan mereka. Laporan perbelanjaan utama seperti gaji wajib dihantar untuk makluman FAM. Barula pengurusan lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang yang ada.
FAM juga mesti mendapatkan sokongan kerajaan untuk menyeru lebih ramai lagi penaja dengan 'promosi' pemotongan cukai atau kelebihan lain yang memberi manfaat kepada sesebuah syarikat. Contohnya jika ada siaran langsung, penaja kelab tersebut akan diberikan laluan istimewa untuk ber'iklan'. Sudah semestinya mereka akan lebih berminat menaja pasukan-pasukan bolasepak tempatan.
Latihan
Dari aspek latihan pula penulis sememangnya tak berapa pandai. Namun apa yang penulis lihat rentak bolasepak kita masih dengan cara lama. Kita masih gagal mempersempahkan rentak yang terkini seperti cara permainan pantas dan sebagainya. 'One touch' pemain kita masih lemah. Tengok sahaja bagaimana aksi SriWijaya membolosi kubu Selangor, hanya dengan permainan mudah. Simple passing yang akhirnya memerangkap pertahanan lawan.
No comments:
Post a Comment