Misi memburu emas
VIENTIANE, Laos - Skuad bola sepak negara mula mengintai emas temasya Sukan SEA XXV.
Bagaimanapun, anak-anak buah K. Rajagobal itu perlu melepasi dua lagi halangan sebelum mampu menamatkan kemarau selama 20 tahun bagi meraih pingat emas acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu.
Hari ini, barisan muda negara itu akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Laos pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional.
Atas kertas, skuad negara dijangka tidak menghadapi masalah membenam Laos di hadapan penyokong mereka sendiri.
|
|
Bagaimanapun, sesuatu yang mungkin meresahkan kem skuad negara ialah anak-anak buah Rajagobal bukan sahaja perlu berdepan dengan 11 pemain lain tetapi mereka juga akan menghadapi 'gelora' yang dicipta penyokong tuan rumah.
"Kami harus terima bahawa ini tempat mereka. Bagi menghadapi situasi ini, saya telah mengarahkan para pemain saya supaya fokus sepanjang perlawanan berlangsung. Mereka tidak harus terlalu mengikut emosi dengan apa yang berlaku di luar padang.
"Saya percaya, pemain-pemain Laos pasti bersemangat beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri, lebih-lebih lagi mereka juga semakin hampir mara ke final.
"Jadi saya sentiasa ingatkan para pemain saya supaya fokus dengan permainan mereka sendiri dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan," kata Rajagobal ketika ditemui semalam.
Beliau menambah, anak-anak buahnya sudah diingatkan supaya tidak terlalu dibuai dengan kejayaan menumbangkan Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A sebelum ini.
Nak baca lagi ? Klik Kosmo! Online
Ulasan :
Ayuh Berjuang!!!
No comments:
Post a Comment