Mencari Cinta Sejati Memang Memerlukan Kesabaran - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

11 February 2011

Mencari Cinta Sejati Memang Memerlukan Kesabaran


Apa yang ada pada cinta sejati? Wang atau emas kah? Atau ganjaran jutaan dollar masuk dalam poketkah? Isu cinta sejati ini sering dipandang mudah. Ada yang kata cinta sejati langsung tak wujud. Yang ada cuma jodoh dan pertemuan yang telah ditentukan. Betul! Ammboi sejutu dengan fakta tu. Tapi jodoh dan pertemuan yang telah ditentukan itu takkan berjaya kalau tanpa usaha kita kan.


Ke ada jugak yang berjaya dijodohkan tanpa sebarang usaha. Cuma tunggu kat rumah, sedar-sedar korang dah kahwin? Kalau macam tu korang memang tak berusaha, tapi ada manusia lain yang berusaha jodohkan korang tuh. Kita perlu berusaha untuk mencari cinta kita. Dan bukan hanya duduk membulatkan mata menunggu nasib korang dikemudian hari.


Bagaimana Mencari Cinta Sejati?

Dalam dunia moden hari ini, kita ada ramai kawan. Ramai sahabat mahupun teman berdekatan kita. Zaman dahulukala pun ada juga cuma mungkin jauh sikit. Sekarang lebih dekat dengan adanya teknologi tinggi (zaman IT kan) seperti Facebook, email, chat dan sebagainya. Cinta sejati bukannya lahir dari cinta yang membuta tuli. Nampak terus jatuh cinta. Cinta sejati memerlukan kita untuk bersabar dan menyelami hati dan perasaan pasangan kita tu. Adakah kita dan dia ada persamaan atau sebaliknya.

Kita perlu nilaikan adakah kita penting baginya. Cubalah korang try usha2 sikit perasaan dia. Tapi jangan pulak korang mainkan perasaan dia. Contoh cuba test sejauh mana kesetiaan dia. Di masa senang dan jugak susah. Jangan pulak time senang ada jer si dia, bila korang susah dia pun blah pulak. Isu namanya penipu tahap haprak!

Korang juga perlu pastikah adakah dia menerima anda seadanya. Jangan pulak dia cuma anggap korang sebagai sparepart jer. Merana badanlah jawabnya. Korang pun samalah jugak, terima si dia seadanya. Janganlah pandang pada wang ringgit kerana ia takkan bawak kemana....Salah tu! Siapa yang cakap? Wang ringgit jugak penting dan pastikan kedudukan ekonomi korang dan dia berada pada tahap yang baik. Ammboi bukannya suruh cari yang kaya raya. Cukuplah SEADANYA! Faham tak maksud seadanya tu? Padan dengan koranglah. Tapi kalau pasangan cinta sejati korang tu memang kaya, REZEKI KORANG LER TU...!!!

Dalam mempertahankan Cinta Sejati juga merumitkan. Ada yang porak poranda tak sampai beberapa hari walaupun dah declare cinta korang itu sejati dan hingga akhir hayat. Jadi korang kena hargailah diri sendiri dan pasangan anda. Agar kedua-duanya senantiasa aman dan bahagia.

Ammboi taknak ulas panjang pasal ni. Coz ammboi pun bukannya pandai sangat pun. Apa yang ammboi catatkan itulah pengalaman ammboi setahun jagung dalam alam rumahtangga ni. Ammboi bersedia mempertahankan cinta kami selamanya. Kerana ammboi tahu si DIA lah CINTA SEJATI ammboi!

p/s : kehadiran Ameer Adli menambahakn lagi seri keluarga kami. semoga Adli membesar dengan sebaiknya dan doakan kebahgiaan dan kesejahteraan rumahtangga kami jugak yer...amin.

10 comments:

ATikah Mustapa said...

itula...memang susah nak jumpa teman sejati...letih dah nak mencari...biarlah dia datang dengan sendir...allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita...juz zabar n sabr..

ammboi said...

Atikah ~ betul tu.. sbr ler yer. Insyaallah jodoh telah ditetapkan bersama dgn org yg sebaiknya.. amin

kindergartenlibrary said...

Allah akan bagi kita jumpa orang yang slah sebelum jumpa orang yang betul

=)

Jom baca :
BLOGGER BOLEH JADI PENULIS HEBAT"

si para para said...

chinta sejati...tidak boleh di tukar ganti...

chinta abadi...chinta hanya padanya...


pertama..pilihlah agamanya...hidup insyaallah bahagia...
walaupun kaya..tapi tiada asas agama..hancur jadinya...
kerana dengan agama kita mulia..

:)

NurSya said...

smoga bhagia hgge ke akhir hayat cik ammboiii..heheh..:) like ur entry <3

ammboi said...

si para-para ~ betul tu..ammboi sokong sgt2...

ammboi said...

NurSya ~ tima kasih... selalu la dtg sini yer...

Sire Johhny Deep said...

itu pasei teman lama sikit nak dirikan mesjid...
mencari tapak lama sangat nak dapat yang sesuai.. mendirikan tiang pon sama apatah lagi nak memenuhkan mesjidnya.. take taim.....
hehe!!

Tupai Karan said...

sy pun dah temui chenta sejati.. dah keluar dari fasa "mencari" tu.. :)

Latest Post : Struktur Kod Inline Frame Dan Banner Yang Perlu Kamu Tahu

MiszCoMoT said...

susah nak tahu cinta sejati tu....hurmmm....tahlaa...doakan saja yang terbaik..aminn

Post Top Ad

Your Ad Spot