Salam 1Malaysia Semua
Pagi ini ammboi ingin membincangkan pasal MANDI WAJIB. Mungkin kita sering memandang mudah perkara sebegini. Namun artikel ini diterbitkan bertujuan sebagai perkongsian bersama/ rujukan / dan peringatan kepada semua termasuklah ammboi sendiri. Post ini adalah lanjutan dari post terdahulu iaitu Pengenalan, Rukun dan Niat Mandi Wajib, dan Cara-Cara Mandi Wajib. Sama-samalah kita manfaatkan info ni yer.
Keperluan Mengambil Wuduk
Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.
Sunat-Sunat Mandi Wajib
Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.
Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.
Sumber : Wikipedia
Susunan Semula Oleh Ammboi
1 comment:
nk tnya sal mandi wajib ne..ehm,andai kata psgn suami is3 mlakukan hbgn,then c is3 tidak sempat utk mandi wjib..kmdian d dtgi haid,perlukah c is3 mand wjib 2x??
Post a Comment