Skuad B-23 ke final
VIENTIANE, Laos - Malaysia hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.
Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di sini malam tadi, dua jaringan Baddrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini.
Nak Baca Lagi? Klik Kosmo! Online
Ulasan :
Tahniah untuk skuad bolasepak kebangsaan. Permainan baik daripada skuad kebangsaan menghasilkan kemenangan yang amat bermakna. Namun Rajagopal perlu memastikan pemainnya lebih fokus dan tak mudah hilang punca. Kawalan terhadap pemain lawan juga perlu ditingkatkan. Pastikan pemain Vietnam dirantai daripada menggelecek di dalam kawasan Malaysia.
Semalam Laos banyak mengawal bola di dalam kawasan Malaysia. Pemainan Malaysia seolah-olah sudah berpuas hati dengan kedudukan 1-0 nyata membawa padah. Pemain Malaysia juga mesti banyak bergerak dan mencari ruang untuk menembusi kawasan lawan. Hantaran pendek juga perlu diperbanyakkan. Nyata gerakan Laos banyak terhasil daripada gerakan 1-2 yang baik. Taktik mengawal pemain lawan juga perlu diubah kepada 2 orang. Kerana Vietnam juga mempunyai pemain yang berkemahiran tinggi.

p/s: semoga emas dalam genggaman!
No comments:
Post a Comment