SINOPSIS FILEM | KL GANGSTER | KARAK | 2011 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

07 June 2011

SINOPSIS FILEM | KL GANGSTER | KARAK | 2011

Sekarang mungkin kita boleh kelaskan musim cerita ala-ala ganas dan seram yang mencuri perhatian penonton untuk menonton dipawagam. Genre ini dikatakan lebih seronok apatah lagi jika digarap oleh barisan pengarah dan pelakon yang berstatus bintang.


Namun demikian, sejauh mana kekuatan kedua-dua genre ini yang ditayangkan dalam minggu lepas juga minggu ini masih belum dapat dipastikan. Genre seram dan ganas ala komedi sebelum ini untuk cerita Kongsi, Seru dan Senjakala dianggap berjaya.


Sinopsis Filem KL Gangster 2011

Malek adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 5 tahun. Malek mahu melupakan dunia gangster dan pergaduhan lalu memilih untuk menjalani hidup sebagai orang biasa dengan azam baru. Sekuat manapun Malek cuba lari dari dunia gangster, dunia hitam itu cuba mengejarnya untuk menarik Malek kembali semula ke kancah pergaduhan sesama gangster. Malek berusaha meredakan amukan Shark yang kini mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur. Kemunculan semula Malek adalah ancaman paling hebat buat Shark kerana Shark merasakan Malek adalah halangan paling buat dia untuk muncul menjadi gangster terhebat.

Lebih parah lagi, Jai iaitu adik kandung Malek kini berpihak kepada Shark dan menjadi orang kanan Shark yang paling setia. Sanggupkan Malek menumpaskan adik kandungnya sendiri? Berjayakah Malek menentang Shark? Bagaimana nasib Malek nanti? Masihkah ada peluang untuk Malek memperbaiki dirinya? Semua persoalan ini akan terjawap dalam filem KL Gangster nanti.

 DOWNLOAD LINK
BELUM ADA-HARAP MAAF

Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka 2011

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway. Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.
DOWNLOAD LINK
BELUM ADA-HARAP MAAF

kredit untuk : ezany , iAwani

2 comments:

Unknown said...

karak macam best tp kalau gi tgk wayang takut tak best plak....huhuhhu

PenDekAr LauT said...

Aku dah tgk karak. Layan gak lah. Hantu dia seram gak. Tapi jln cite mcm dah boleh agak..

Post Top Ad

Your Ad Spot