TINDAKAN MEMBAKAR BENDERA KELANTAN | FAM DIHARAP MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

12 May 2011

TINDAKAN MEMBAKAR BENDERA KELANTAN | FAM DIHARAP MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS

Provokasi sekali lagi dilakukan oleh penyokong Negeri Sembilan, seolah-olah mahu mengambil kesempatan diatas kehadiran peminat fanatik pasukan Kelantan bertandang ke Stadium Paroi tempohari. Kesempatan yang seolah-olah mereka mahu melihat penyokong Kelantan merusuh atau sebagainya kot. Namun kelab penyokong bolasepak Kelantan, Kelate.Net nyata kini semakin profesional menangani kes-kes sebegini. Diharap semua penyokong Kelantan yang lain jugak banyakkan bersabar dan kita lihat apa tindakan dari FAM seterusnya. Biasanya kalau melibatkan 'negeri-negeri angkat' FAM ni, diorang hanya pejamkan mata jer. Mampukah FAM untuk bertindak dengan lebih profesional?


Kalau provokasi yang melibatkan penyokong Kelantan, sudah tentu malam tu jugak denda dikenakan kepada pasukan Kelantan. Itu dah 'termaktub dalam perlembagaan FAM kot'. Tapi kali ini ammboi tak mahu semua pihak salah faham lagi dengan FAM...tambahan pula kami selaku rakyat Kelantan yang selama ini terasa negeri kami dianak tirikan oleh FAM. 


Jadi, FAM perlu melakukan tindakan setegasnya berdasarkan kes seperti ini. Tindakan membakar bendera negeri adalah sesuatu yang kurang ajar dan tidak wajar dilakukan oleh orang yang berakal. Ambillah pengajaran dari sikap tidak elok 'segelintir' penyokong Kelantan terlampau dulu, kerana mereka, satu negeri dihukum. Tu ammboi tak mengaku mereka anak Kelantan pun. Begitu juga peminat Negeri Sembilan, diharap tindakan tegas FAM akan meredakan perkara ini untuk mengelakkan kes yang sama berlaku di Kota Bharu nanti.

8 comments:

currentlife2u said...

dia orang ni nak kena bakor...berani dih gerok rima tido..tunggu la plok amikan klate..
kita bakor..kita bakor..

Anonymous said...

nie terpengaruh ngan usop wilcha la nih....kita bako kita bako!

nasri said...

bola sepak msia mmg dah mcm tu.. xbakar bendera baling mercun.. baling botol.. nasib baik la stadium bola msia semua ada track lari.. ada la jurang player ngan penonton.. kalau mcm stadium europe, dah terbakar player kot..haha..

Unknown said...

apesal samapai nak bakar2 bendera plak dah? hmmmm sivik tkdak ler

Filippo said...

kalo fan kelantan bakar kompem kene awal2 dah..fan lain xpe...ehehe

ammboi said...

@perondajaketbiru74 tu la..insaf2 la.. bukannya dapat pekdah ape pun...

ammboi said...

@nasri hahaha.. dasat ko punya imagine bro.. habis ngan keper2 semua terbakar dok tggu bola kat gol kan...

ammboi said...

@ebbyzul ha..yang tu rasa mcm tak logik di akal tu.. sehingga ke lani FAM masih membisu...uihhh...

Post Top Ad

Your Ad Spot