SERATUS UFO DI SHINJUKU, JEPUN - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

22 May 2011

SERATUS UFO DI SHINJUKU, JEPUN

Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) sekali lagi mencetuskan fenomenanya di Shinjuku, Jepun pula setelah berita kesan UFO mendapat di Indonesia masih menjadi tanda tanya. Sejak kebelakangan ini, kemunculan UFO sering menjadi topik hangat dalam arus media. Bagi ammboi tak mustahil jika ada yang mengambil kesempatan untuk sengaja mereka-reka cerita berkenaan isu UFO ini. Manakan tidak, sekali keluar 100 buah UFO berlegar-legar kat Jepun ajer. Apa UFO ni keluar konvoi ke hape? Ke mereka juga ada kelab. Entah nama kelab dia PERUFOSA kot. Persatuan UFO Senantero Alam. Hahahaha.


KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu.




TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam. UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube. Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya. Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja. Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya. - Agensi : Petikan Kosmo!Online

p/s : makin konfius ler bab UFO ni. Kenapa dia tak pernah datang lepak kat Putrajaya?

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot