SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA FA 2011 | KELANTAN VS SELANGOR - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

16 May 2011

SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA FA 2011 | KELANTAN VS SELANGOR

Selangor memerlukan keajaiban untuk mengalahkan Kelantan di gelanggang yang menjadi kubu kuat The Red Warriors, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Berbekalkan 1 gol saguhati, Red Giant perlu mencari gol awal untuk menguatkan semangat melawan mereka selain perlu menguatkan mental berdepan puluhan ribu penyokong setia Kelantan. Ammboi dah boleh bayangkan, sudah semestinya lebih 20,000 penyokong Kelantan akan melimpahi stadium. Sedangkan di Shah Alam sediri dikuasai oleh penyokong Kelantan. Ammboi tertarik dengan satu komen dalam BHarian, bunyinya lebih kurang macam ni.. "kelantan jangan berlagak, mereka hanya kuat digelanggang sendiri...", tapi peminat Red Giant tu sudah lupa, bahawa semua stadium kat Malaysia ni (tolak Sabah dan Sarawak) seolah-olah gelanggang sendiri bagi penyokong Kelantan. Pada aksi separuh akhir pertama Piala Fa 2011 tempohari, penyokong Kelantan seramai 20,000 sedangkan penyokong Selangor cuma 10,000.


Itulah hakikatnya yang perlu Selangor depani. Kubu Kelantan ammboi jangka begitu kebal kerana dibarisi oleh 6 pemain pertahanan. Bahagian tengah juga kebal kerana dibarisi oleh 6 pemain tengah dan bahagian serangan juga kebal kerana adanya 3 penyerang yang begitu lincah mencari helah memperkotak-katikkan pertahanan lawan. Tapi yang nyata kubu terakhir Kelantan pastinya yang paling kebal kerana 7 penjaga gol yang teguh menahan rembatan lawan. Kenapa ammboi menyifatkan Kelantan bermain dengan 22 pemain? Dua kali ganda kekuatan Selangor...kerana penyokong setianya tidak ubah seperti 11 pemain lagi yang gah memperkuatkan Kelantan.

Gambar Petikan : SINI

1 comment:

currentlife2u said...

selamat jalan laaaaaaaaaaaaa rrred giiannttt...huahuahuahua,..
jangan jadi cam nogori 9..bokor bendera ore..huhuhuu..


terima seadanyaaaaaa...walaupun tak mahu terima....hahahaha

Post Top Ad

Your Ad Spot