Persaingan sengit ketika menentang Manchester United dua tahun lepas mungkin bakal berlaku sekali lagi apabila naib juara Liga Perdana England, Chelsea mengesahkan kehadirannya ke Malaysia pada 21 Julai ini. Ketika itu Amri Yahyah berjaya merobek gawang united dan ammboi membayangkan mungkin beliau akan dibawa ke England sekiranya usia beliau belum mencecah 20 tahun. Dan sekali lagi peluang dibuka oleh kelab England, untuk menawarkan diri menguji skuad kebangsaan. Keterlaluan jika ammboi kata mungkin Chelsea akan mengambil pemain Malaysia kali ini. Tapi tak mustahil jika ammboi katakan adanya kelab (mungkin divisyen 2 atau 3) England berminat dengan pemain Malaysia (setelah mempamerkan persembahan mantap, heboh kat media dan mendapat rekomen dari team chelsea agaknya) yang berjaya 'mempamerkan' kehebatan pada aksi persahabatan berkenaan.
Kita boleh lihat peningkatan Jemain Beckford yang diikat Everton setelah berjaya menonjolkan diri dalam perlawanan dengan kelab ternama. Itu peluang dia. Peluang yang ada beliau hargai dan secara tiba-tiba namanya menjadi bualan peminat bolasepak serata dunia. Satu jer ammboi harapkan kepada Jurulatih skuad kebangsaan, K.Rajagobal. Turunkan juga pemain dari skuad Harimau Muda A dan B yang berpeluang menonjolkan bakat dan keupayaan mereka. Sekiranya mereka berupaya mungkin mereka akan mempunyai peluang yang lebih lagi dimasa hadapan. Tak mampu ke Eropah? Terokai dulu Asia yang luas ni dulu.
1 comment:
eyaka.. wah konfom rmai nak tgk
Post a Comment