Bahana ketagihan internet, budak-budak zaman sekarang makin pandai menipu. Makin ligat auta mak bapak malah sudah semestinya mereka akan semakin berani untuk mencuri jika tiada sen diberi. Itulah penangan zaman siber sekarang. Kalau internet yang menjadi punca ammboi rasa tak teruk sangat (teruk kalu ketagih layan mukabuku...). Sedangkan adanya kafe siber yang dibuka semata-mata untuk bebudak ni layan pemainan komputer. Itu kes yang parah. Tak payah nak auta ( kepada pemilik kafe siber), memang sasaran korang adalah budak-budak yang 'ketagih' permainan komputer.
HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya. Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat." Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut. Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet. Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet. Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan. "Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi (Petikan Kosmo!Online 9Mei 2011)
Kunjungan ammboi beberapa minggu lepas membuktikan kafe siber ini dikuasai oleh budak-budak belasan tahun sehingga baya 8 hingga 9 tahun pun ada. Dengan bayaran RM2 sejam, budak-budak ni mungkin tak berapa mampu (kafe siber dalam kawasan PPR). Jadi ada diantara mereka mengambil cuma setengah jam (RM1) untuk 'melayan' permainan komputer. Setengah jam, baru jer nak start dan main kejap dah abis.
Tak puas hati naik balik ke rumah (tak tahu la apa yang dibuatnya, samada minta duit dengan mak (kalau mintak dengan bapak mau kena 'belasah', korek tabung, atau sebagainya...ammboi taknak tuduh diorang nak curik-curik ambik dalam poket bapak diorang (kalau mintak konfom tak bagik) tu dah kira mencuri kan...?) kemudian turun balik bayar lagi seringgit dan sambung main. Macam tadi jugak, tak sempat puas layan dah abis masa.
Setengah jam bro...mana cukup..ammboi buat entry ni pun dah makan masa 15 minit atau dah lebih dah. Kemudian mana-mana yang dah abis duit hanya gigit jari tengok member dok layan. Sambil menyesal duit 2 hinggit dah melayang begitu ajer. Kalau tak boleh beli keropok lekor dengan air slurppy kat 7e.
Itu belum diorang jihad tak mahu makan kat sekolah (katanya menyahut seruan kerajaan untuk mengelakkan obesiti dikalangan budak sekolah......) padahal nak pedajal duit tu untuk 'layan' kat cyber cafe. Tak percaya? Korang terjah sendiri la kat mana-mana kafe siber berdekatan. Pastikan takde adik-adik korang atau sedara-mara malah anak anda sendiri kat sana. Perabih duit ajer.
Bagi bloggers ammboi rasa semua ada komputer (pc) kat rumah. Kaedah ni yang terbaik. Pastikan mereka boleh main game berkenaan (dalam pengawasan anda) apabila kerja rumah dah siap dan prestasi exam mereka tak jatuh. Kalau jatuh? Denda mereka tak boleh keluar jalan-jalan dan main game. Kadang-kadang main game ni ada faedahnya, selain mengurangkan stress mereka belajar, mengelakkan mereka terlalu sosial dan boleh menambahkan ilmu bahasa inggeris tu (sebab game ni banyak yang bahasa inggeris....kalau tak faham memang susah nak main), galakkan ada kamus berdekatan mereka.
Itu yang ammboi terapkan pada adik ammboi, dan alhamdulillah..bahasa inggeris dia (jika dibandingkan dengan ammboi sebaya dia) jauh lebih baik daripada ammboi (ammboi dulu takde komputer... besar gedabak ni baru ada...).
14 comments:
kalau adik aku,kat umah, kalau aku balik kampung, kalau aku ckp jgn usik,mmg die xberani usik,wlaupun diorg bsar2 dpd aku,ngan kuasa veto anak sulong, diorg xleh melawan. penah sekali aku denda adik bongsu aku,xleh usik mana2 device berbentuk komputer n xleh online selama 2 hari...menggigil gak ar die.. hahahaha
@alongxp hahaha.. kuasa veto yer.. sama ngan ammboi ler tu.. tahap diktator ler jugak dulu.. tp itu utk kebaikan diorang jugak kan... hasilnya pasti diorang dah boleh sengih lani.. ammboi tak harap diorang hargai atau puji cukuplah kalau mereka berjaya. dan itulah yg ammboi kesiankan pd adik-adik yg menghabiskan masa lepak kat cc nih...
Budak2 zaman sekarang.
ada cita-cita nak jadi hackers kot budak tu..aku pon dulu macam tu..24 jam duk depan PC..hahaha!
dunia semakin maju dan ditelan arus pemodenan.
bahaya jugak kalo budak2 skang ni lebey2 dok main internet..ntah ape diorang tengok pun kite tak tau..Budak2 skang memang nak kene pantau..
Salam..
Benarlah bagai dikata.. dulu dan sekarang sama je.. yg berbeza mungkin peralatannya..
dulu main games guna duit 20 sen.. games best sket kena masuk 2 keping 20 sen.. lepas tu guna token.. lepas tu online games plak.. semua tu menghabiskan duit.
Ustaz Love suka main game tetris je.. takyah susah2 nak memikir :D
samseng btol bapak dia..huhuhu
internet mmg bhye wooo!
@nurAMALLINA mmm..tak mcm zaman kiter kan..hehehe
@Arya Putra mak aih.. 24jam hac.. dasat bebenor tu.. kan terbakornya pulak pc tu kan...
@GamUHU betul tu bro.. jgn plak otak kita yang terkebelakang sudah dek kerana nak kejar kemajuan...
@Ustaz Love hehhe..ok jugak tu.. tapi tetris pun kena ada strategi gak ustaz.. kalo tak asyik game over jer...huhu
@af sembilan bahaya kalau menyalahgunakannya ler kan...
Post a Comment