Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 akan diteruskan apabila Malaysia bakal bertemu Taiwan dipusingan pertama pada 29 Jun dan 3 Julai depan. Anak-anak buah K.Rajagobal terpaksa mengharungi pusiangan pertama setelah gagal mendapat 'bye' apabila terkelauar dari kedudukan (ranking asia) yang ditetapkan oleh AFC. Bagi ammboi, ini merupakan peluang terbaik untuk skuad yang popular dengan gelaran HARIMAU MALAYA ni menimba lebih pengalaman dari setiap perlawanan. Apa gunanya jika layak ke pusingan kedua sedangkan tewas dalam saingan berkenaan. Pertemuan dengan Taiwan mungkin mudah, namun skuad kebangsaan tidak seharusnya memandang rendah pasukan yang menghuni tangga 160 dunia berkenaan. Berdasarkan rekod semasa, Taiwan (Chinese Taipei) tewas 2-0 kepada Pakistan, tewas 2-0 juga kepada Turkmenistan dan sebelum itu tewas kepada India 3-0 (tak pasti perlawanan persahabatan atau kejohanan).
Difahamkan bahawa perlawanan dengan The Blues (Chelsea) adalah aksi persahabatan ketiga skuad negara dalam persiapan kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sekiranya berjaya melepasi pusingan pertama mengalahkan Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai depan. Sekiranya Malaysia menang dengan Taiwan, Malaysia akan berdepan Singapura di pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai. Sebelum itu, ada dua lagi aksi persahabatan, maka ini bermakna Malaysia ada tiga perlawanan persahabatan termasuk dengan Chelsea pada bulan Julai.
"Jadi, saya mungkin akan menurunkan pasukan terkuat dalam dua perlawanan sahaja. Apa pun kita tunggu dan lihat dahulu apa yang terjadi, kemudian baru boleh buat keputusan menurunkan pemain mana," kata Rajagobal.
Bagi persiapan menentang Taiwan pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia, Malaysia akan mengadakan dua aksi persahabatan dengan negara jiran iaitu menentang Hong Kong pada 3 Jun ini serta Myanmar pada 18 Jun.
Petikan & Sumber : Kosmo!Online
No comments:
Post a Comment