IMPIKAN PEMAIN HANDALAN DUNIA BERAKSI DALAM LIGA-M | LIGA SUPER 2012 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 May 2011

IMPIKAN PEMAIN HANDALAN DUNIA BERAKSI DALAM LIGA-M | LIGA SUPER 2012

Mustahil ke? Atau memang pasukan Liga M tak akan mampu membayar harga yang tinggi? Tak boleh ke persatuan / kelab mencari penaja untuk membawa masuk pemain bintang mereka. Contohnya apa yang berlaku dalam liga antarabangsa. Ada antara pemain bintang mereka yang bukan 100 peratus dibayar gajinya oleh pasukan berkenaan. Malah ada syarikat/ penaja yang sanggup menaja separuh atau sedikit gaji pemain berkenaan dengan syarat pemain berkenaan mungkin kena menjadi model/duta produk mereka. Tak ke famous gila-gila kalau Celcom / Digi / Maxis menaja pemain ternama kemudian pemain berkenaan jadi model iklan mereka. Ammboi faham, kalau nak bawa masuk C.Ronaldo atau Messi memang mustahil. Nilai perpindahan mereka pun lebih mahal dari seluruh pemain yang ada kat Malaysia tambah dengan liga-liganya sekali. 


Tapi bukan mustahil kan untuk membawa masuk ayam pencen yang masih boleh bermain sebaiknya seperti Kanu atau Sol Campbell dan yang lain-lain lagi yang termampu. Ammboi boleh bayangkan sumbangan ayam pencen bertaraf antarabangsa seperti mereka sudah pasti banyak pengalaman yang mampu mereka tunjuk ajarkan kepada pemain muda negara kita. Selain itu sudah pasti media antarabangsa juga akan tertarik dengan kehadiran bintang pencen ni.


Usaha untuk memikat mereka sudah pasti rumit. Itulah peranan yang seharusnya diambil oleh orang penting FAM bagi meninjau perkembangan pemain yang 'masih boleh dipakai'. Kita ambil contoh liga Turki dan juga Amerika yang cenderong memikat ayam pencen untuk mempromosikan liga mereka. Kalau di Amerika mungkin mereka menumpukan kepada pemain lagenda seperti Henry, Beckam, dan yang lain-lain. Mungkin nilai kontrak mereka terlampau tinggi jugak tu sehinggakan pemain ternama sanggup berhijrah kesana.

p/s : ramai yang takut rugi membawa masuk pemain mahal... tgk MPPJ Selangor terus gulung tikar. Adusss...

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot