BIL LETRIK NAIK ESOK | BAJET 2011 TERUS SEMPUT - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

31 May 2011

BIL LETRIK NAIK ESOK | BAJET 2011 TERUS SEMPUT

Berkuatkuasa esok, takrif elektrik akan dinaikkkan. Tak silap ammboi lebih 7% ler jugak. Baru jer hati mau senang minyak tak jadi naik. Rupa-rupanya kat sini plak yang naik. Dalam suratkhabar cakap... "PENIAGA JANGAN AMBIK KESEMPATAN..." tapi ternyata itu hanyalah cakap-cakap semata jer. Macam biasa-biasa. Mereka takkan nak naikkan harga barang esok sebab sudah tentu ramai yang bising. Taktik peniaga zaman lani mereka tunggu isu ni reda dulu, baru KEBABBOOOOMM! naikkan harga. Tak ker gitu?


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok dalam pelan rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, tarif baru itu tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan atau jumlah bil bulanan tidak melebihi RM77. Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Mereka berkata, kenaikan sebanyak 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU.

Bagi pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2011. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Bil bawah RM20 kerajaan akan berikan secara percuma. Kira bolehlah membantu golongan yang berpendapatan rendah tu. Namun demikian ammboi rasa sudah jarang dah bil letrik bawah RM20 nih. Ke ada lagi?


p/s : masa bujang dulu sempat ler merasa bil letrik free nih.. lani jangan harap....

11 comments:

Arya Putra said...

mana ada lagi dah bil elektrik bawah RM200..tak munasabah..

risa said...

meh kite pakat ramai2 buat penghijrahan jommmmmm

MOK&SONS said...

audsss...skang pon bil letrik tak hengat..lepas ni lagi parah la nampaknya..

ammboi said...

@Arya Putra tu la.. tp lg logik kalau hac ckp xde dh bil letrik bawah rm50 pon ok dh..hehe

ammboi said...

@risa ni nak berhijrah ke mana lak ni?

ammboi said...

Mok&Sons : parah ler jugak kan..hehe.. sabor.. nak wat mcm mn.. kita hamba rakyat jer kan...

syiela said...

mmg ssh la nk dapat bil bwh RM20 ni... Aduss naik lg.... lepas ni apa lg la yg nk naik..

syiela said...

Naik lg... lepas ni apa lg la nk diumumkan naik ye....

alcatraz77 said...

Rakyat didahulukan, sebab tu harga barang boleh naik ikut suka hehe...

mr.curly said...

mmg naye bro..sume bende nk naik tp tarap idup takat tu lg..aduhh feninn..pasni dr rmbut wa gulung2 tpaksela wa botakkn..halusss..hikhik

rafina mimi abdullah said...

asyik naik je..menyampah betul..bila nak turun tah..caj letrik pulak dah naik..gaji tak naik2..gaji 'orang2' dia naik pulak..macam2 elaun dapat..huh..nyampah..

Post Top Ad

Your Ad Spot