Duit Oh Duit! - Macam Mana Nak Buat Duit? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 February 2011

Duit Oh Duit! - Macam Mana Nak Buat Duit?

Duit Oh Duit!


Mana kau duit, sembunyi ker atau kau memang takde kat sini? Aaahhh...kerana kau lah duit hidup boleh jadi porak peranda. Kerana kau lah duit hidup seseorang jadi tak bahagia.

Korang tahu ke macam mana nak buat duit mudah? Macam mana? "...kalau kau nak duit mudah kau jadi peminta sedekah ajelah!....". Banyak juga ammboi dengar ayat macam kat atas. Betul ke jadi peminta sedekah boleh ada duit yang banyak?


Duit Oh Duit!

Mana kau duit, hilangkah atau kau memang tak wujud dalam hidup aku? Cissss....kau hina aku duit, mentang-mentanglah aku takde duit! Duit yang hina ke, atau kau rasa terhina bila takde duit? Yela, dengan duit orang boleh berlagak. Kalau takde duit alamaknya tengok ajela. Jangan nak berangan nak dapat duit mudah la.


Duit Oh Duit!

Mana kau duit, segankah kau nak lihat muka aku atau kau memang menyampah melihat muka buruk aku ni? Alahai kau duit, datanglah pada aku...aku perlukan kau duit. Aku merayu pada kau duit. Aku jugak nak hidup mewah, aku jugak mahu berlagak, aku pun mahu menjadi orang ternama kerana kau duit.

>>>Rehat Minda Kejap

 Lawak Nak Pinjam Duit

Melihat kawannya, Jojo sejak tadi asyik termenung, Din pun mendekatinya.

Din: Apa hal ni, macam ada masalah aja.

Jojo: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.

Din: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?

Jojo: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,

Din: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?

Jojo: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).


>>>Sambung Balik

Disitulah kita silap menilai duit. Duit bukannya untuk berlagak. Duit bukannya boleh kita gunakan sesuka hati untuk tujuan yang langsung tak bertujuan. Disitulah kita boleh lihat ramainya kakitangan awam yang diisytihar BANKRUP! Jangan hanya tunding jari pada kakitangan awam jer. Yang lain pun ramai jugak cuma tak dihebahkan ajer. Biasalah kakitangan awam yang menjadi sasaran menempelak isu kerajaan.

Tapi ada jugak betulnya tu. Memang kakitangan awam ramai yang boros. Tapi bukannya semua. Memang kakitangan awam tak bijak berbelanja. Tapi bukan semua jugak! Yang boros hanya segelitir cuma, tapi yang memang tak cukup duit tu lagi ramai. Betulker?
Soalan Bonus : Apa korang nak buat kalau ada duit seguni macam ni...?

9 comments:

kay_are said...

em.. duit ye.. memang penting kot duit sekarang ni.. orang cakap duit x penting untuk hidup tapi nak hidup kne ade duit.. huu

mykhalis said...

duit takkan pernah cukup.. semakin banyak duit, semakin besar kehendak..takut jugak bila dua2 ni berlaku..banyak duit orang tak berhenti mintak..takde duit takut asyik meminta

gnesop.com said...

duit bukan segala-galanya..
tetapi semua perkara memerlukan duit..


cam ner?

Firdaus Kasim said...

mcm menarik je.. ada testimonial x?

eyqasara said...

huhuhu... bukan susah nak susah.. bukan senang nak senang... nak cari duit payah.. xda cara mudah.. huhu...

ammboi said...

kay_are ~ betul tu bro..zmn ni adalah zaman duit...

ammboi said...

mykhalis ~ biasalah bro..besar periuknya lagi besarlah keraknya kan...

ammboi said...

gnesop.com ~ hehehe..ammboi setuju sangat tu.. kalo takde duit xkan boleh hidup punya.. ni bukan zaman cacing dalam batu pon boleh hidup kan....

ammboi said...

eyqasara ~ ye betul tu, nak duit mudah kena menang kontest topup lagi la yer...hehehe

Post Top Ad

Your Ad Spot