Guru cipta teknik baling bola
HALIFAX - Seorang guru pendidikan jasmani di England, Danny Brooks mencipta rekod dunia apabila berjaya membuat hantaran bola paling jauh dengan balingan sejauh 49.78 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang mengajar di sini membuat teknik balingan terbaru iaitu berlari sambil membuat lompatan ala gimnastik itu di padang rekreasi Midgley, West Yorkshire.
Brooks, 28, yang merupakan bekas atlet gimnastik kemudian menghantar rakaman filem dan beberapa keping gambar kepada pihak Guinness World Records.
Seorang jurucakap Guinness mengesahkan hantaran yang dilakukan Brooks sekali gus mengatasi rekod terdahulu oleh Michael Lochner dari Amerika Syarikat pada 1998 dengan jarak 48.17 meter.
Aksi guru itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi
Petikan : Kosmo! Online
1 comment:
he3.. bagi sya.. malaysia kena pelan2.. n kosentret pada disiplin..
tu jer..
Post a Comment