Yu harimau serang posmen di PD?
KUALA LUMPUR - Mungkinkah posmen, Mohamad Helme Leman, 25, digigit oleh spesies ikan yu harimau semasa bermandi-manda di pantai peranginan Port Dickson, pada 2 Januari lalu?
Persoalan itu dicetuskan oleh seorang pakar marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zulfigar Yassin yang tertarik dengan pendedahan Kosmo! mengenai ujian 'pemadanan' pelbagai jenis rahang ikan yu dan kesan gigitannya terhadap mangsa.
Ia sekali gus mencabar kesimpulan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah kelmarin bahawa Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi haiwan lain yang belum diketahui.
Penulis : Bahaya tu. Kena siasat bebetul. Kalau tak naya. Kat negara kita ni belum ada kes serangan Yu. Tambahan pula kat Pantai PD. Tapi dalam dunia global sekarang, macam-macam boleh jadi. Haiwan, binatang dan macam-macam lagi dah tak hidup kat habitat asalnya lagi dah. Semua dah kena kacau dek pembangunan yang melampaui batasan. Mungkin betul ada ikan Yu kat sana, jadi kenalah ambil tindakan yang sewajarnya.
Ada pula yang mengatakan kes tersebut akibat serangan buaya. Buaya dari mana? Katanya dari kawasan sungai berhampiran dan buaya tersebut dihanyutkan air akibat banjir.
Em..xtau la tu...
No comments:
Post a Comment