Pantang Larang Semasa Mengandung - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

18 January 2010

Pantang Larang Semasa Mengandung

Alahai...Tak lama lagi penulis akan jadi PAPA. Huhu.. Gumbira tak terkata dihati penulis sekarang. Isteri penulis baru disahkan mengandung sebulan lebih. Dah teruja sangat-sangat dah. Sampai nak nangis rasanya. hehe...

Dalam pada itu penulis mulalah sibuk mencari maklumat tentang pantang-larang semasa mengandung ni. Sibuk dok mencari lalu jumpalah kat laman blog LELABU.COM ni. Abang Lelabu kita ni pon katanya bini dia mengandung gak. Tahniah la bro....

Ok.. Penulis cuma nak kongsi plak kat blog penulis berkenaan pantang-larang/ adat orang kita (Melayu) semasa mengandung ni. Jadi pakat-pakat la baca. Tak sudi baca yang ni klik la laman blog saudara LELABU....


Bacalah :

* Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

* Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

* Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

* Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

* Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

* Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

* Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

* Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
* Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

* Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

* Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

* Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

* Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

nota: hmm, nampak macam ada ciri-ciri khurafat, dan yang halal diharamkan. Biasalah orang Melayu, yang dulunya Hindu, kalau tidak banyak, sedikit itu terbawa jugak ajaran nenek moyang. Yang penting, yang baik itu dijadikan pengajaran. Dalam proses mencari juga, amalan-amalan semasa mengandung mengikut Islam, adat-adat Melayu ni bukan boleh pakai.

p/s : jangan percaya bulat-bulat, cuma kita perlulah ambil sebagai iktibar. Contohnya jika membunuh atau memukul serangga @ haiwan, anak yang bakal dilahirkan akan mengalami sekian-sekian. Tu semua ketentuan Allah S.W.T. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan kan. Tapi sememangnya dalam ajaran agama kita menekankan kita tak boleh menzalimi makluk ciptaan-Nya. Kita kena jaga perilaku kita agar senantiasa diberkati dan dirahmati-Nya.


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot